• PANAS

    Friday, 11 August 2017

    Hebatnya Tiga Orang Anak Gadis Brunei Ini!!!



    Apabila menyebut tentang anak gadis, pasti ramai yang akan terbayang akan kelembutan wajah dan perilaku. Malah, ada juga yang menganggap, anak-anak gadis sekarang ini sebagai satu kelompok yang proaktif, cantik, terpelajar dan juga memilih kerjaya yang kurang mencabar.

    Namun, siapa percaya, tanggapan seumpama ini mungkin akan meleset apabila mengenali Kapten Sharifah Czarena, Senior First Officer Sariana dan Senior First Officer Dr Nadiah. Mereka bertiga adalah juruterbang pesawat Royal Brunei Airlines, BI081 di mana ketiga-tiga mereka adalah wanita muslim yang berkhidmat di Royal Brunei Airlines.

    Apa yang menjadikan mereka bertiga ini lain daripada yang lain adalah ketiga-tiga mereka mampu menerbangkan pesawat samada melalui landasan biasa mahupun melalui air. Hal ini menjadi tular apabila satu video klip berdurasi 2 minit 45 saat memaparkan ketiga-tiga wanita ini berlepas melalui jalan air di Jeddah, Arab Saudi.

    Dipercayai, ketiga-tiga wanita ini membawa kira-kira 300 penumpang di mana majoritinya adalah jemaah haji dari Brunei. Malah, pesawat Boeing 787 ini juga dikatakan mampu mendarat di atas darat dan mampu berlepas dari air seperti mana yang terpapar menerusi video di bawah. Hebat bukan anak gadis Brunei ini?

    video



    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Hebatnya Tiga Orang Anak Gadis Brunei Ini!!! Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top