Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 bakal membuka tirainya kira-kira 2 hari sahaja lagi. Disaat semua rakyat Malaysia merasai bahang penganjuran festival sukan terbesar di Asia Tenggara ini, pengajanjur KL 2017 menasihatkan semua penyokong dan pengunjung untuk menggunakan kenderaan awam darat bagi mengelakkan sebarang kesesakan berlaku terutamanya majlis pembukaan dan penutupan KL 2017.
Dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan terutamanya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD), waktu operasi sistem LRT laluan Sri Petaling di stesen Bukit Jalil akan dilanjutkan bagi membolehkan orang ramai merasai detik kemeriahan upacara pembukaan dan penutupan Sukan SEA KL 2017 yang dijangka akan dilangsungkan pada 30 Ogos nanti.
Untuk acara perasmian KL 2017 pada 19 Ogos nanti, perkhidmatan LRT akan dilanjutkan sehingga jam 1 pagi manakala bagi acara penutup pula yang dijangka dilangsungkan pada 30 Ogos, waktu operasi akan dilanjutkan sehingga jam 2 pagi.
Di pihak Rapid KL pula, mereka akan menyerdiakan 60 perkhidmatan bas khas dengan kekerapan 10 hingga 15 minit bagi setiap perjalanan daripada 7 lokasi ke Stadium Bukit Jalil dan sebaliknya. Untuk ini, papan tanda khas destinasi elektronik bas akan memaparkan "KL SEA GAMES 2017" pada setiap bas yang menuju ke Stadium Bukit Jalil.
Berikut merupakan jadual khas perkhidmatan bas berkenaan.
1. KL 1 - Lokasi permulaan di Terminal Jalan Reko, Kajang
2. KL 2 - Lokasi permulaan di Ampang Point, Ampang
3. KL 3 - Lokasi permulaan di Greenwood, Gombak
4. KL 4 - Lokasi permulaan di Hentian Bandar Shah Alam
5. KL 5 - Lokasi permulaan di Hentian bas KLCC
6. KL 6 - Lokasi permulaan di Platform C Pasar Seni
7. KL 7 - Lokasi permulaan di NU Sentral, KL Sentral.
Untuk memudahkan para pengunjung bagi memeriahkan acara pembukaan Sukan SEA KL 2017, pihak Rapid KL juga akan menyediakan bas perkhidmatan ke Stadium Bukit Jalil bermula dari 5 petang sehingga 8 malam manakala operasi dari Stadium Bukit Jalil ke 7 lokasi hentian bas akan bermula dari jam 10.30 malam sehingga 1 pagi.
Bagi acara penutupan pula, waktu perkhidmatan bas dari 7 destinasi ke Bukit Jalil bermula dari jam 5 petang sehingga 8 malam manakala waktu operasi dari Stadium Bukit Jalil ke 7 lokasi perhientian pula bermula dari jam 12 tengah malam sehingga 2 pagi.
Untuk sebarang pertanyaan dan rujukan mengenai jadual waktu perjalanan kenderaan awam, orang ramai boleh melayari www.kualalumpur2017.com.my atau melayari laman Twitter di @kualalumpur2017, di laman Facebook SPAD di www.facebook.com/SPAD.my atau www.facebook.com/myrapid untuk keterangan lebih lanjut.
0 comments:
Post a Comment