My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 11 August 2017

    ‘Berjuanglah Demi Nama Malaysia’



    “BERJUANGLAH bersungguh-sungguh demi mengharumkan nama Malaysia,” laung Datuk Seri Najib Tun Razak kepada 873 atlet negara yang akan menggalas cabaran pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur (KL2017) di Putrajaya semalam. 

    Laungan Perdana Menteri itu disambut penuh bersemangat ‘Boleh!’ oleh para atlet kebangsaan pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Malaysia Sukan SEA 2017 dan Para ASEAN Kuala Lumpur yang memenuhi Dewan Perdana di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 

    Sukan SEA ke-29 akan bermula dari 19 hingga 30 Ogos ini, manakala Sukan Para ASEAN Kesembilan dari 17 hingga 23 September depan. “Kita mahu lihat aksi bertaraf dunia dipamerkan setiap atlet, sekali gus meletakkan kita sebagai jagoan atau kontinjen terbaik di rantau ASEAN. 

    “Pastikan Jalur Gemilang berkibar megah dan lagu kebangsaan Negaraku berkumandang pada semua aksi membabitkan atlet negara,” tegas Najib.

    Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memberitahu, Malaysia menyasarkan 111 pingat emas dan muncul juara keseluruhan Sukan SEA ke-29 itu, manakala sebanyak 103 pingat emas disasarkan untuk meraih juara pada Sukan Para ASEAN.

    Ini merupakan kali keenam Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwitahunan Asia Tenggara itu selepas kali terakhir pada 2001 dan muncul juara keseluruhan dengan 111 pingat emas.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ‘Berjuanglah Demi Nama Malaysia’ Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top