Seorang remaja yang dilabel keluarga sebagai anak tidak bertanggungjawab sanggup mengelar lidahnya sehingga hampir putus menggunakan sebilah pisau pemotong sayur sebelum cuba terjun dari sebuah bangunan dalam kejadian di Plaza Utama Alam Mesra, Menggatal di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa yang berusia 22 tahun bagaimanapun bernasib baik apabila dia sempat diselamatkan oleh seorang sepupu lelakinya ketika cuba terjun dari sebuah bilik sewa yang terletak di tingkat dua bangunan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, mangsa ditemui dalam keadaan mulutnya berdarah sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di sini untuk menerima rawatan.
“Dia telah menerima tujuh jahitan akibat kecederaan pada lidah dan kini berada dalam keadaan stabil. Polis turut menemui sebilah pisau pemotong sayur sepanjang 25 sentimeter (cm) di dalam bilik berkenaan,” katanya di sini semalam.
0 comments:
Post a Comment