My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 11 August 2017

    Polis Berkas Penjawat Awam Disyaki Jadi 'Runner' Dadah



    Polis menahan seorang penjawat awam yang disyaki menjadi 'runner' atau pengantara yang menghantar dadah bagi pasaran tempatan di sini berjaya ditahan berhampiran sebuah bank di bandar ini semalam. 

    Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, suspek berusia 36 tahun itu ditahan sepasukan anggota polis pada pukul 1.15 pagi. Menurutnya, penahanan suspek yang bekerja dengan sebuah jabatan kerajaan di Kuching itu dilakukan susulan tangkapan lima lelaki berusia antara 18 hingga 35 tahun yang ditahan pada Rabu lalu.

    "Ketika ditahan, polis telah merampas dadah disyaki jenis syabu seberat 2.5 gram dan dianggarkan bernilai RM650.

    "Siasatan awal mendapati suspek telah bertindak sebagai 'runner' menghantar dadah kira-kira lima bulan lalu. Tidak cukup dengan itu, suspek turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di sini hari ini.

    Aswandy menambah, suspek kini ditahan reman bagi membantu siasatan. "Kes ini disiasat mengikut Seksyen 12 (3) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Polis Berkas Penjawat Awam Disyaki Jadi 'Runner' Dadah Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top