My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 11 August 2017

    3 Jam Hadapi 444 Pertuduhan



    Seorang duda sekali lagi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di sini semalam atas 444 pertuduhan meliwat anak gadisnya yang berusia 15 tahun sebanyak tiga kali sehari selama tujuh bulan sejak Januari hingga Julai lalu. 

    Lelaki yang berusia 36 tahun dan be­kerja sebagai ejen pelaburan membuat pe­ngakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah, S. Umma selama tiga jam bermula kira-kira pukul 9 pagi sebelum berakhir kira-kira pukul 12 tengah hari.

    Kelmarin dia juga mengaku tidak bersalah atas 150 tuduhan sama. Keseluruhan pertuduhan liwat yang dihadapinya kini ialah 594. Duda tersebut membuat pengakuan sama berhubung 30 pertuduhan melakukan seksual fizikal dengan cara menyentuh anak sulungnya itu, satu tuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan penga­niayaan seksual dalam prosiding kelmarin.

    Jumlah keseluruhan pertuduhan yang dihadapi bapa tiga anak perempuan itu ialah 626. Tertuduh yang memakai baju-T warna kelabu dan berseluar jean sama seperti kelmarin dituduh melakukan perbuatan itu tiga kali sehari iaitu pada waktu subuh, petang serta tengah malam di dalam rumahnya di Petaling Jaya, Selangor.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 3 Jam Hadapi 444 Pertuduhan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top