My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 18 August 2017

    Tembakan Rafizi Tersasar Lagi



    Sejak memperolehi mandat untuk menjadi Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dilihat cukup aktif menyerang apa sahaja agensi kerajaan terutamanya Tabung Haji, KWSP, KWAP, LTAT dan yang terkini MARA. Walaupun sudah banyak kali serangan dia didapati hanyalah satu penipuan, namun dia langsung tidak pernah serik untuk terus menipu.

    Seperti sudah menjadi kebiasaan buatnya, jika sebulan dia tidak menipu, tubuh badannya akan menggigil seperti pesakit Alzheimer. Dia tidak pernah serik walaupun begitu banyak saman dikemukakan kepadanya dan ada diantaranya masih berjalan sehingga hari ini.

    Terbaru, Rafizi cuba untuk mengaitkan Ketua Penerangan UMNO yang juga bekas Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa terhadap beberapa aset yang dipunyai oleh MARA. Dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya, dia mendakwa, segala keputusan mengenai pembelian aset berkenaan di buat oleh Tan Sri Annuar semasa beliau mempengerusikan MARA.

    Dalam kenyataan berkenaan, Rafizi mendakwa, Tan Sri Annuar telah memberikan lampu hijau untuk membeli aset berkenaan antara tahun 2011 sehingga 2012 walhal fakta sebenar mengenai pembelian berkenaan jauh tersasar dari apa yang dituduh Rafizi.

    Dalam satu kenyataan balas, Tan Sri Annuar Musa memberitahu, fakta sebenar berkenaan dengan isu pembelian aset MARA tersebut yang dibuat pada tahun 2012 adalah ketika MARA di pengerusikan oleh Datuk Seri Idris Jusuh dan bukannya Tan Sri Annuar. Beliau menegaskan, semasa beliau mengambil alih MARA pada 2013, semua urusan melibatkan pembelian berkenaan telah selesai dilakukan.

    Justeru, ingin ditanyakan kepada Rafizi, fakta mana yang diguna pakai olehnya untuk mengaitkan Tan Sri Annuar Musa berhubung pembelian aset luar negara oleh MARA? Mungkin Rafizi terlalu teruja untuk menumbangkan seorang tokoh politik UMNO sehingga dia sendiri terkhilaf dalam membuat tuduhan.

    Adalah dinasihatkan buat Rafizi supaya memperbetulkan semula fakta yang dia keluarkan semalam kerana ianya jelas satu fakta yang silap dan akan memakan dirinya sendiri sekiranya dia kekal berdegil.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tembakan Rafizi Tersasar Lagi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top