My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 16 August 2017

    Dua Sahabat Dituduh Bakar Rakan



    Dua sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan membunuh rakannya yang ditemui mati rentung di dalam sebuah kereta jenis BMW yang terbakar pada bulan lalu.  

    Kedua-dua tertuduh, Hon Lih Ting, 32, dan Cheng Pei Hua, 33, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Ahmad Farid Ahmad Kamal. 

    Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh. Mengikut pertuduhan, Lih Ting dan Pei Hua didakwa membunuh rakannya, Lam Kok Poh, 28, di laluan jalan berturap Kampung Melayu, Jalan Besar Kulai-Simpang Renggam, Bukit Batu dekat Kulai antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 2 pagi, 16 Julai lalu.

    Kedua-dua tertuduh yang bekerja sendiri itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

    Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd. Ruslan Mohamed manakala Lih Ting diwakili peguam bela, Yap Che Kai dan peguam, Muhammad Abd. Kadir mewakili Pei Hua. Terdahulu, Muhammad memohon kepada mahkamah agar anak guamnya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan berikutan mata kirinya yang lebam.

    Ahmad Farid membenarkan permohonan tersebut, bagaimanapun kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan ikat jamin.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Sahabat Dituduh Bakar Rakan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top