My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 22 August 2017

    DAP Bukan Lagi Pejuang Tulen Kaum Cina


    Sejak berdekad-dekad lamanya, DAP menggunakan istilah memperjuangkan nasib kaum Cina di Malaysia. Pelbagai dakwaan yang mereka buat kononnya parti ini sahajalah yang memahami keperluan kaum Cina dengan menolak sebarang usaha untuk menyatu padukan kaum di negara ini.

    Rentak mereka ini semakin hebat pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang lalu sehingga menyaksikan berlakunya "Tsunami Cina" di Malaysia yang menyaksikan MCA dan Gerakan mengalami kekalahan di banyak kerusi yang secara amnya dimiliki oleh mereka sejak sekian lama.

    Malah, idealogi jahat DAP ini juga sedikit sebanyak telah menyebabkan UMNO dan beberapa parti komponen Barisan Nasional juga terjejas hasil daripada permainan licik DAP ini.

    Dalam masa yang sama, cara mereka berkempen juga agak berlainan setelah mendapat sokongan daripada PAS yang menyaksikan, kaum Melayu juga boleh menyebelahi DAP walhal perkara sedemikian tidak pernah berlaku sebelumnya.

    Itu kisah 4 tahun yang lalu dan mengambil pengajaran daripada itu, MCA telah memulakan gerak kerja mendekati pengundi bagi menerangkan keadaan sebenar apa yang sedang dimainkan oleh DAP. Rata-rata pengundi Cina di luar bandar agak terkejut apabila mengetahui bahawa DAP hanyalah mahukan undi mereka sebelum menukar cara pentadbiran yang lebih ekstrim dan pengasingan kaum.

    Malah, dalam siri penerangan yang dilakukan, para pengundi juga menyedari bahawa DAP langsung tidak memperdulikan apa jua masalah rakyat. Usahkan masalah, laungan kononnya mereka adalah pejuang kaum Cina juga hanyalah satu retorik pilihan raya semata-mata.

    Mengambil contoh apa yang berlaku di Pulau Pinang, DAP hanya mengayakan kroni-kroni rapat mereka sahaja dan rakyat biasa yang telah tertipu dengan helah licik politik DAP, terus hidup dalam keadaan tertekan tanpa ada sebarang usaha untuk membantu mereka.

    Justeru, MCA yakin, PRU ke 14 nanti akan berlakunya perubahan ketara terhadap sikap kaum Cina terhadap MCA dan Barisan Nasional.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: DAP Bukan Lagi Pejuang Tulen Kaum Cina Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top