My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 17 August 2017

    Erma Bukan Isteri Bade Lagi



    PELAKON dan pengarah tersohor, Erma Fatima sah bercerai talak satu dengan suaminya, pengarah filem, Badaruddin Azmi (Bade) di Mahkamah Rendah Syariah, Gombak Timur pada jam 11.32 pagi, hari ini selepas 26 tahun mendirikan rumah tangga. 

    Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkannya pada 10 Ogos lalu. Bade selaku plaintif memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

    Suasana di dalam mahkamah bertukar sedih apabila pasangan itu bermaafan dan bersalaman buat kali terakhir sebagai suami isteri sebelum Bade melafazkan cerai. Shaiful Azli kemudian mensabitkan berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintahkan Erma menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftarkan perceraian mereka di pejabat agama daerah Gombak Timur dan sijil nikah dibatalkan.

    Erma yang kini terkenal dengan drama Mok Cun hadir diwakili peguam syarie Datuk Jamal Mohd Lokman Sulaiman manakala Bade tidak diwakili peguam. Pada 2015, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 49, pernah memfailkan permohonan cerai terhadap Bade namun menarik balik permohonan itu.

    Bade, 53, dan Erma bernikah pada 30 November 1991. Mereka memiliki lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra, dan Nurain. Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang dan dikurniakan dua anak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Erma Bukan Isteri Bade Lagi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top