My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 22 August 2017

    SRK Mungkin Kena Bayar Ganti Rugi



    Beberapa tahun lalu dengan hanya mendengar nama Shah Rukh Khan (SRK) dan Salman Khan, tanpa ragu filem lakonan mereka terus mendapat sambutan hebat. Bagaimanapun, keadaan nampaknya sudah berubah sekarang. 

    Tanpa jalan cerita menarik, dua nama itu tidak mampu lagi menjadi daya penarik kepada filem lakonan mereka. Contohnya filem Tubelight lakonan Salman gagal di pasaran sehingga pelabur meminta ganti rugi.

    Terbaru, filem SRK iaitu Jab Harry Met Segal juga gagal di panggung wayang. Adakah SRK juga akan bertindak sama seperti Salman untuk membayar ganti rugi kepada pelabur filem terbitan syarikatnya itu?

    Menurut laporan Financial Express, NH Studioz yang mendapat hak pengedaran filem itu untuk pasaran India mahu SRK membayar ganti rugi untuk menampung kerugian mereka. Filem arahan Imtiaz Ali itu yang menjalani penggambaran di Eropah gagal menyengat di pawagam.

    Barangkali ia kekecewaan berganda buat SRK kerana tahun lalu filem lakonannya bersama Kajol iaitu Diwale juga gagal sehingga dia terpaksa membayar 50 peratus ganti rugi kepada pengedar filem itu. Nampaknya jika keadaan terus terdesak, SRK juga terpaksa melakukan perkara sama untuk NH Studioz.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SRK Mungkin Kena Bayar Ganti Rugi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top