• PANAS

    Saturday, 12 August 2017

    Padah Ragut Dompet



    Tindakan seorang lelaki meragut dompet milik seorang wanita membawa padah apabila dia dikejar dan ditahan sepasukan polis yang kebetulan berada di lokasi kejadian berhampiran sebuah restoran di Jalan Gaya di sini kelmarin. 

    Dalam kejadian pada pukul 2.21 petang itu, suspek berusia 38 tahun dikatakan merentap dompet daripada tangan mang­sa sebelum melarikan diri.

    Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, sebelum kejadian mangsa yang berusia 33 tahun bersama rakannya menuju ke sebuah restoran makanan segera untuk menikmati hidangan tengah hari.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Padah Ragut Dompet Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top