Satu ketika dahulu, dia dilihat cuba membawa keluar imej negara dari sebuah negara pertanian kepada sebuah negara perindustrian. Namun begitu, disebalik usahanya yang mahu membawa imej negara kearah sebuah negara perindustrian, cukup banyak perkara yang dirahsiakan dari pengetahuan rakyat kerana pada waktu itu, perkembangan teknologi maklumat begitu terbatas.
Dia yang dimaksudkan adalah TUn Dr Mahathir Mohamad yang kini merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang hari ini telah bersekongkol dengan pemimpin pembangkang, orang-orang yang cukup dimusuhi olehnya.
Disebabkan terlalu banyak perkara yang menjadi teka teki, hari ini, satu persatu rahsia yang disimpan kemas olehnya terbongkar. Bermula dengan penguasaan lebih 480 buah syarikat yang dikuasai oleh 4 orang anak-anaknya termasuk dirinya sendiri, pembongkaran skandal BMF, hari ini, Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat kerugian dalam perjudian Forex yang melibatkan kerugian berbilion Ringgit.
Angkanya bukan sedikit kerana jika diambil kira kerugian yang dicatatkan, besar kemungkinan, Malaysia hari ini bukanlah seperti Malaysia yang kita lihat hari ini. Besar kemungkinan, kita akan melihat sebuah negara yang cukup maju dan mampu menandingi perkembangan ekonomi beberapa buah negara Asia yang diketahui sememangnya berada selangkah di hadapan kita.
Namun, disebabkan oleh ketamakan dan sikap tidak bertanggungjawab Mahathir, kita berada ditakuk ini. Bukan mahu mengatakan Malaysia adalah sebuah negara yang gagal, cuma, andai Mahathir tidak mempertaruhkan nasib rizab negara di dalam pelaburan yang memperjudikan wang negara, sudah tentu kita berada jauh lebih maju berbanding hari ini.
Itu baru skandal melibatkan Forex. Jika kita mengikuti perkembangan semasa, menerusi kenyataan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kerajaan sedan mempertimbangkan untuk menubuhkan RCI bagi insiden Memali. Nampaknya, apa yang dilakukan Mahathir sejak 2014 yang lalu boleh diibaratkan menggali kuburnya sendiri.
Mudah untuk difahami bahawa Mahathir sendiri menempah masalah diakhir sisa-sisa hidupnya. Dia sendiri yang bertindak menghasut rakyat untuk menumbangkan kerajaan diluar waktu Pilihan Raya Umum. Malah, dia sendiri yang cuba memporak perandakan UMNO, parti yang bertanggungjawab menjadikannya sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun.
Harus diingat, apa yang berlaku hari ini bukanlah disebabkan atas rasa mahu membalas dendam. Apa yang berlaku hari ini adalah untuk mencari keadilan dan menyiasat kehilangan berbilion-bilion wang negara yang dilakukan oleh Mahathir atas desakan rakyat Malaysia sendiri.
Sungguh malang sekali. Individu yang pernah diangkat sebagai Bapa Permodenan Negara, diakhir sisa-sisa hidupnya, terpaksa berhadapan dengan satu demi satu siasatan yang akan membongkar, segala salah laku dan skandal yang dicipta olehnya sendiri sewaktu memegang kuasa selama 22 tahun.
Bukan UMNO, bukan Datuk Seri Mohd Najib ataupun sesiapa yang mahu "membunuh" karier dan legasi yang dicipta oleh Mahathir. Tetapi Mahathir sendiri yang menempah kubur politiknya hanya disebabkan akur dan tunduk kepada kehendak nafsu sendiri.
0 comments:
Post a Comment