Di Malaysia, antara ayat retorik yang sering dilaungkan oleh pembangkang adalah keinginan mereka untuk mengubah Malaysia kearah negara yang lebih baik. Sekali imbas, hasrat ini memang baik. Namun, ingin ditanyakan kepada pembangkang, apakah maksud membawa angin perubahan kepada sebuah negara yang sudah ditadbir dengan baik dan dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat?
Perkataan perubahan ini sebenarnya bukan hanya dimainkan di Semenanjung Malaysia malah ianya turut mengheret dua buah negeri di Borneo iaitu Sarawak dan Sabah. Di kalangan pemimpin pembangkang di sana, mereka cuba memainkan sentimen kenegerian bagi membangkitkan sokongan terhadap mereka.
Sebagai contoh, pembangkang di Sabah, kesemua pemimpin pembangkang di negeri berkenaan yang diketuai oleh Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Lajim Ukin, Datuk Seri Wilfred Bumburing, Datuk Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee dan beberapa pemimpin pembangkang di Sabah, semuanya melaungkan mahu membawa perubahan terhadap negeri Sabah.
Persoalannya, perubahan apa yang mahu dibawa oleh mereka? Mengambil contoh bagaimana Datuk Seri Shafie Apdal yang menguasai Parlimen Semporna sejak sekian lama, antara masalah utama yang menyelubungi penduduk di sana adalah masalah sampah yang tidak diselenggara dengan baik.
Malah, ketika masih menjawat jawatan di dalam kerajaan, Shafie sendiri amat jarang balik kekawasannya sehinggalah tiba musim pilihan raya. Di beritakan, sejak meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Warisan Sabah, dia juga masih gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ahli Parlimen di kawasan berkenaan.
Dia lebih sibuk untuk mengadakan siri ceramah di seluruh negeri Sabah berbanding memberi tumpuan terhadap kawasannya. Ingin ditanyakan, melihat kepada contoh yang diberikan oleh Shafie dalam menguruskan Parlimennya ini, adakah ini cara mereak untuk membawa angin perubahan di Sabah?
Sehingga hari ini, di bawah pentadbiran Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, beliau telah berjaya menjalinkan satu kerjasama erat dengan kerajaan pusat yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Menerusi kerjasama erat inilah, banyak pembangunan telah dibawa ke Sabah dan paling diingati adalah pembinaan Pan Borneo yang menjadi tulang belakang negeri ini.
Malah, Datuk Seri Musa Aman juga di lihat begitu komited untuk membawa pembangunan lebih pesaat di kawasan pendalaman dengan menjadikan jaringan jalan raya yang lebih tersusun sebagai agenda utama beliau diisamping berusaha keras untuk menaik tara mutu pembekalan air dan tenaga elekterik di seluruh kawasan pendalaman.
Walaupun beliau sibuk menguruskan seluruh negeri Sabah, namun beliau tidak pernah melupakan kebajikan dan keperluan DUN Sungai Sibuga yang diwakili beliau. Ini barulah dinamakan kesaksamaan dan pembawa angin perubahan secara menyeluruh. Bukan hanya melaungkan angin perubahan tetapi DUN dan Parlimen sendiri terabai sehingga menyusahkan rakyat.
Berhentilah dari terus melaungkan slogan penuh retorik berkenaan kerana apa yang sedang dilakukan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sabah sememangnya menjanjikan satu perubahan yang cukup baik buat rakyat Sabah untuk jangkamasa panjang. Mudah untuk berjanji bulan dan bintang tetapi lihatlah sendiri kawasan masing-masing yang terabai dan tidak terurus.
0 comments:
Post a Comment