Minggu lalu, dunia dikejutkan dengan ancaman yang dikeluarkan oleh Korea Utara yang mendakwa akan melancarkan serangan besar-besaran di Guam, Wilayah yang mempunyai pengkalan tentera Amerika. Pyonyang mendakwa, peluru berpandu merentas benua (ICBM) mereka mampu membedil Guam dan akan meruntuhkan ego Amerika sekiranya ianya berlaku.
Malah, Pyonyang juga mendakwa mampu melancarkan peluru berpandu mereka ke tanah besar Amerika hasil daripada kekuatan terkini yang berjaya mereka hasilkan menerusi ICBM. Ancaman ini pantas mendapat perhatian Presiden Amerika, Donald Trump yang mana hampir setiap hari memberi ancaman kepada Korea Utara yang memungkinkan Amerika melancarkan serangan terhadap Korea Utara.
Persoalannya, benarkan Amerika mahu melancarkan serangan terhadap Korea Utara? Adakah Amerika mempunyai keberanian untuk berbuat demikian? Paling utama, adakah seorang bilionair seperti Donald Trump sanggup mengikis separuh dari kekayaannya untuk menampung perperangan yang tidak sepatutnya berlaku?
Untuk kesemua soalan diatas, jawapan mudahnya adalah, Amerika tidak mempunyai keberanian untuk berperang dengan sebuah negara yang paling misteri di dunia. Keberanian Amerika ini sebenarnya amat mudah dikesan dari cara kesemua pemimpin Amerika memberikan respon terhadap ancaman terbaru yang dikeluarkan oleh Korea Utara.
Umum sedia maklum bahawa pemimpin Korea Utara sejak berakhirnya perang Korea pada tahun 1953 telah mendoktrin seluruh rakyatnya bahawa negara berkenaan akan diserang oleh Amerika pada bila-bila masa. Justeru, bukan satu perkara yang menghairankan apabila kesemua kaum lelaki di Korea Utara mampu berperang samada secara kombat atau sebaliknya pada bila-bila masa.
Ini menjadikan Korea Utara adalah sebuah negara tentera dan ianya cukup ditakuti oleh Amerika jika mereka berhasrat untuk melanggar Korea Utara melalui jalan darat. Walaupun Amerika mempunyai kelengkapan persenjataan paling dominan di dunia, namun mereka pasti tidak akan mampu bertahan berperang dengan gerila yang berperwatakan seperti hantu seperti mana yang merkea alami semasa perang Vietnam, satu ketika dahulu.
Tambahan pula, hubungan dua hala antara Washington, Beijing dan Moscow juga bukanlah berada dalam keadaan yang terbaik. Dunia serba maklum bahawa Korea Utara mempunyai hubungan baik dengan China dan juga Russia. Justeru, untuk melancarkan serangan serangan terhadap Korea Utara, bukanlah satu idea yang cukup baik buat Amerika.
Lebih memburukkan keadaan, Trump sendiri sedang berhadapan dengan hutang luar biasa Amerika yang telah mencecah ratusan Trilion Dollar yang menuntut beliau menyelesaikan semua permasalahan ini sekiranya tidak mahu meletakkan Amerika sebagai sebuah negara yang muflis.
Mungkin dari segi ekonomi, Trump melihat ianya satu peluang untuknya menaikkan harga komuditi minyak mentah dunia dan sekaligus mampu melonjakkan pasaran Dollar di dunia. Namun risikonya cukup besar menanti. Sekiranya menang, Amerika mungkin disanjung sebagai hero namun sekiranya tewas, Trump akan menanggung sengsara inflasi besar seperti mana yang dialami semasa Perang Vietnam dahulu.
Adakah Trump benar-benar bersedia untuk melanyak Korea Utara? Adakah Amerika sudah bersedia untuk berperang lagi setelah menanggung beban kewangan yang besar semasa melancarkan serangan di Iraq dan Afghanistan dahulu? Sehingga hari ini atau sekurang-kurangnya tahun hadapan, Amerika mahupun Trump tidak akan berani menyerang mana-mana negara. Ini adalah fakta sebenar!
0 comments:
Post a Comment