Dua penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang disyaki terlibat melarikan seorang budak perempuan berusia sembilan tahun dari rumahnya di Kuaters Politeknik Port Dickson, Isnin lalu direman enam dan empat hari bermula semalam.
Perintah reman terhadap kedua-duanya dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Khas (Reman), Rahimah Rahim. Penuntut berusia 21 tahun itu direman selama enam hari manakala rakannya yang berusia 18 tahun pula direman selama empat hari.
Penahanan reman itu bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Terdahulu, Pemangku Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Rugiman Agus berkata, kedua-dua lelaki itu ditahan pada pukul 4.45 petang kelmarin ketika membeli tiket wayang di pusat beli-belah di Seremban.
0 comments:
Post a Comment