My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 18 August 2017

    Daniel Craig Kekal Jadi Bond



    PELAKON yang cukup sinonim dengan watak James Bond, Daniel Craig akan meneruskan legasinya dalam francais filem tersebut pada masa akan datang tetapi kali ini, dengan bayaran yang amat lumayan iaitu sebanyak AS$135 juta (RM579 juta). 

    Craig dalam satu temu bual mendedahkan, pendiriannya untuk kembali sebagai Bond dalam filem berikutnya kerana tidak mahu mengecewakan para peminat. "Saya akan kembali sebagai Bond. Saya gembira untuk terus melakonkan watak ikonik tersebut.

    "Bagaimanapun, mungkin sudah sampai waktunya filem Bond yang selanjutnya menjadi penampilan terakhir saya,” katanya. Ditanya tentang keputusan masih mahu melakonkan watak Bond, sedangkan sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk ‘bersara’, Craig mempunyai alasan tersendiri. 

    "Sebelum ini saya ditemu bual banyak kali sejurus selepas filem James Bond ditayangkan. Selepas banyak kali berlakon dalam filem yang sama, pasti saya mahu berhenti melakonkan watak tersebut kerana mustahil saya akan terus menjadi Bond sampai bila-bila,” jelasnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Daniel Craig Kekal Jadi Bond Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top