• PANAS

    Monday, 14 August 2017

    15 Ahli Geng 24 Appache Diburu



    Polis Selangor memburu 15 ahli kongsi gelap Geng 24 Appache yang terlibat dalam pelbagai kes jenayah terancang menerusi Ops Regimen Khas bagi membanteras kegiatan gengsterism di negara ini. 

    Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, kumpulan kongsi gelap Geng 24 Appache yang bergiat aktif di kawasan Klang dan beberapa kawasan lain di Selangor diburu selepas mereka didapati terlibat dalam aktiviti jenayah se­perti bunuh, samun, culik, pengedaran dadah, memeras ugut di kawasan tapak projek pembinaan serta pusat-pusat hiburan.

    Menurut beliau, kumpulan penjenayah itu juga didapati cuba merekrut sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Klang pada 20 April lalu dengan mengadakan acara memotong kek Geng Appache 24 di pekarangan sekolah tersebut.

    Kata beliau, 15 individu yang diburu itu ialah A. Sivabala, 30, M. Komandass, 37, R. Ragunathan, 27, P. Vellasamy, 35, A. Sinakaruppan, 29, K. Murugan, 40, N. Hilavarasan, 25, R. Suthagar, 39, G. Prabakaran, 32, A. Ra­makrishnan, 32. Sebahagian lagi, A. A. Parameswaran, 37, P. Ja­yanathan, 39, L. Sathiya Seelan, 34, M. Thilip Kumar, 32, dan S. Harvindran, 21.

    Menurut beliau, kebanyakan ahli kongsi gelap yang diburu beralamat di Klang. Mazlan berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Polis Selangor dan Komuniti Bersama Memerangi Jenayah di Sekolah Sri KDU, Kota Damansara di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 15 Ahli Geng 24 Appache Diburu Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top