My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 3 July 2018

    30,000 Tiket Final Piala FA Kepada Penyokong Selangor, Pahang



    Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) masing-masing mendapat peruntukan 30,000 tiket untuk penyokong mereka bagi perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), 7 Julai ini. 

    Ketua Pegawai Operasi Liga Bola Sepak Malaysia, Mohd. Shazli Shaik Mohd. berkata, pihaknya turut memperuntukkan 750 tiket, masing-masing kepada kedua-dua pasukan untuk kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bagi perlawanan itu.

    "Baki 18,000 tiket dewasa dan 500 tiket kanak-kanak akan dijual secara dalam talian melalui laman sesawang www.shopee.com.my dan www.tickethotline.com.my bermula Rabu ini pada 9 pagi manakala penebusan tiket dalam talian boleh dibuat mulai Khamis ini di SNBJ," katanya.

    Shazli berkata, demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Final Piala FA 2018 di sini hari ini. Harga tiket dewasa ditetapkan pada kadar RM50 sekeping manakala RM5 sekeping untuk kanak-kanak, katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 30,000 Tiket Final Piala FA Kepada Penyokong Selangor, Pahang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top