My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 12 July 2018

    Janda Suka Menyindir Kena Bunuh



    Hanya kerana tidak tahan kerap disindir menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja, seorang pembantu tadbir wanita mati dicekik dan ditikam sebelum mayatnya dimasukkan ke stor dalam kejadian di Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting di sini semalam. 

    Dalam kejadian pada pukul 2 petang, mayat Zaimah Mahmod, 57, ditemui di dalam stor di pejabatnya dengan mempunyai kesan tikaman di leher dan badan selain turut dicekik.

    Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, polis menemui mayat Zaimah selepas menerima panggilan suspek yang berusia 28 tahun, memaklumkan dia baru membunuh seorang wani­ta kerana sakit hati de­ngan sikap mangsa yang kerap menyindirnya mempunyai hubungan sulit dengan rakan sekerja.

    “Ketika polis tiba di lokasi kejadian, suspek masih berada di pejabat pentadbiran Kolej Vokasional tersebut. Polis juga menemui pisau yang digunakan suspek untuk menikam mangsa di lokasi sama,” katanya di sini semalam.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Janda Suka Menyindir Kena Bunuh Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top