Dalam ketamadunan Melayu, sukar untuk kita mendengar kisah pembalasan dendam mahupun menginaya antara satu sama lain terutama sekali memperlekehkan pemimpin yang pernah menabur jasa kepada rakyatnya. Sejak dahulu lagi, adat mengingati jasa mahupun menghargai antara satu sama lain kerap diterapkan dalam jati diri orang Melayu dan rakyat Malaysia sendiri.
Namun, adat ini nampaknya semakin dilupakan sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan. Jika sebelum ini, seseorang bekas Perdana Menteri akan diberi penghargaan atas semua jasanya, termasuk dengan mengurniakan anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM) yang akan membawa gelaran Tun, namun, lain pula halnya hari ini.
Hari ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib menerima keaiban besar dari kerajaan Pakatan Harapan dengan dikenakan pelbagai tuduhan yang belum lagi lengkap siasatan mahupun kertas pendakwaan. Lebih teruk lagi akaun peribadi beliau termasuk semua ahli keluarga beliau turut dibekukan tanpa sebarang notis pemberitahuan mahupun sebab.
Hal ini bukan rahsia lagi apabila pihak keluarga Datuk Seri Mohd Najib mengalami kesukaran untuk menyelesaikan wang ikat jamin mahkamah sebanyak RM 1 juta yang mana pembayarannya dibuat secara dua kali akibat pembekuan ini. Mujurlah, masih ada rakyat Malaysia yang masih menyanjung tinggi jasa yang di berikan oleh beliau semasa menjadi Perdana Menteri dengan melancarkan tabung derma kilat bagi membantu beliau.
Diberitakan, sehingga kini, masih terdapat beberapa akaun yang masih dibekukan walaupun beberapa akaun termasuk akaun cucu beliau, Adam Razak, 10 bulan telah dinyah bekukan. Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah, akaun peribadi, iaitu akaun gaji beliau sendiri masih kekal di bekukan tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.
Apa yang menghairankan, Ketua Pengarah SPRM, Datuk Seri Syukri Abdull menafikan pihaknya mengarahkan pembekuan akaun berkenaan. Sebaliknya, beliau mendakwa pihak PDRM yang mengarahkan pembekuan berkenaan. Bagi pihak PDRM pula, mereka turut menafikan mengeluarkan arahan berkenaan dan mendakwa pihak Kementerian Dalam Negeri dan Perdana Menteri yang mengarahkan pembekuan akaun berkenaan.
Apa yang lebih menghairankan, baik Menteri Dalam Negeri mahupun Perdana Menteri, kedua-dua mereka turut menafikan terlibat dalam mengeluarkan arahan pembekuan akaun. Justeru, siapalah yang mengeluarkan arahan pembekuan akaun ini? Mungkinkah Presiden Amerika? Mungkinkah Presiden China? Mungkinkah Presiden Russia atau mungkin juga Ratu Elizabeth sendiri?
Dalam satu status yang dimuat naik di laman sosial Twitter milik Datuk Seri Mohd Najib sendiri, beliau menzahirkan kesedihan beliau dan menganggap beliaulah bekas Perdana Menteri yang paling miskin di seluruh dunia setelah akaun gaji beliau sendiri di bekukan. Justeru, ingin ditanyakan, sampai bila tindakan tidak berakal dan berhati perut ini perlu dilakukan?
Jika dilihat dari sudut perundangan terutamanya Banking and Financial Institutions Act 1989 (BAFIA), sebarang tinddakan untuk membekukan akaun, perlu di beri notis kepada pemilik sesebuah akaun untuk meminta mereka pergi ke bank yang mengambil tindakan berkenaan bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Masalahnya, dalam tindakan ala-ala Zionis di Palestin ini, tidak ada sebarang pemberitahuan di buat. Malah, ianya dibuat secara rahsia dan hanya diketahui apabila pihak keluarga Datuk Seri Mohd Najib melakukan semakan sendiri tanpa ada sebarang serahan notis pemberitahuan.
Jika kita lihat di seluruh dunia hari ini, tindakan sekatan akaun dan pembekuan ini hanya dilaksanakan oleh Rejim Zionis di Palestin apabila rejim berkenaan menyekat akaun milik Hamas, PLO mahupun gerakan Intifada bagi menyekat sebarang unsur pemberontakan dan penyaluran dana dari negara yang bersimpati terhadap perjuangan pejuang Palestin.
Adakah kerajaan Pakatan Harapan ini mengikut jejak langkah Rejim Zionis di Palestin apabila bertindak keterlaluan sebegini? Adakah ini cara kerajaan Pakatan Harapan membalas jasa bekas seorang Perdana Menteri? Adakah ini cara mereka melayan musuh politik mereka? Paling utama, adakah Datuk Seri Mohd Najib ini ketua kepada mana-mana cawangan militan Daesh sehingga menerima layanan seburuk ini?
Andai ini lah yang berlaku dan mereka niatkan, percayalah, demokrasi yang kita julang sejak hari pertama kemerdekaan negara, sedang cuba di matikan oleh Pakatan Harapan. Tiada lagi nilai murni rakyat Malaysia yang sentiasa membalas budi dengan kebaikan. Apa yang ada hari ini adalah nilai membalas dendam selagi mana yang mereka mahukan. Mungkin inilah namanya Malaysia Baru.
0 comments:
Post a Comment