Gara- gara gagal melunaskan baki bil elektrik tertungggak sebanyak RM8.7 juta pihak Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) bertindak memotong bekalan pendingin hawa di Pusat Beli-Belah 1Borneo (1Borneo), Sepanggar dekat sini hari ini.
Menurut sumber, pihak SESB bertindak memotong pendingin hawa tersebut kira-kira 8.30 pagi tadi selepas pengurusan 1Borneo hanya membayar hutang sebanyak RM705,000 pada 27 Jun lalu. "Sebelum ini pihak SESB sudah beberapa kali mengeluarkan notis supaya pengurusan 1Borneo membayar bil elektrik yang mencecah RM9.3 juta sebelum 26 Jun lalu.
"Bagaimanapun, mereka hanya melangsaikan RM705,000 dan setakat hari ini tiada sebarang pembayaran baki susulan dilakukan," katanya hari ini.
Sehubungan itu, pada hari ini pihak SESB bertindak memotong bekalan pendingin hawa dan akan menyambung semula selepas pengurusan 1Borneo membayar tunggakan berjumlah RM8.7 juta berkenaan.
Sementara itu, tinjauan Kosmo! mendapati butik dan kiosk di dalam gedung terbabit masih beroperasi seperti biasa. Difahamkan, pada pagi tadi beberapa peniaga turut melakukan demonstrasi secara aman memohon supaya pihak SESB tidak memotong bekalan elektrik.
Pada masa sama, meminta Ahli Parlimen Sepanggar merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman membantu menyelesaikan masalah tersebut.
0 comments:
Post a Comment