My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 18 July 2018

    Konsep Gerai Tanpa Peniaga



    Hanya memerlukan kejujuran pembeli. Itu konsep ‘gerai tanpa peniaga’ iaitu gerai menjual buah-buahan dan sayur-sayuran yang biasanya terletak di tepi jalan utama dan beroperasi tanpa kehadiran peniaga di beberapa lokasi di daerah ini. 

    Bagi membolehkan pembeli membayar barangan pula, peniaga menyediakan peti berkunci biasanya diperbuat daripada kayu diletakkan di atas meja atau kadangkala cuma menggunakan tong yang diikat pada tiang pondok dengan harga barangan sudah ditulis pada bungkusan.

    Justeru, pembeli perlu menyediakan wang secukupnya kerana tiada baki disediakan. Ia mungkin agak unik, namun masih diamalkan di kebanyakan laluan utama atau kampung di pantai timur Sabah. Tinjauan NSTP di sepanjang laluan ke Pekan Muhibbah, Sungai Manila, dekat sini, mendapati sekurang-kurangnya ada empat gerai yang menggunakan konsep itu.

    Selain tanaman kontan dan buah-buahan, turut dijual minyak petrol yang disimpan dalam bekas plastik. Peniaga, Patimah Hamsain, 63, berkata, dia hanya berada di gerai yang terletak 100 meter dari rumahnya antara dua hingga empat jam sehari manakala waktu selebihnya berada di rumah untuk melakukan kerja rumah dan berehat.

    “Saya sudah dua tahun berniaga di sini. Bolehlah dapat RM100 hingga RM300 sebulan sebagai pendapatan tambahan keluarga. Jika sibuk dengan kerja rumah, saya biarkan saja gerai. Kebanyakan yang singgah membeli penduduk sini juga atau kampung berhampiran.

    “Kalau ada yang mahu menipu (tidak membayar), itu terpulang kepada mereka dan kami anggap ia sebagai derma kepada mereka,” katanya sambil mendakwa ia perkara biasa kepada peniaga jika mengalami kerugian.

    Seorang lagi peniaga yang cuma mahu dikenali sebagai Mili, 50-an berkata, mereka cuma menjaga gerai seharian suntuk pada musim buah kerana lebih ramai pelanggan. Pada musim itu, katanya, keuntungan diperoleh berlipat ganda khususnya yang mempunyai tanaman sendiri dengan buah seperti durian dan mangga antara paling laris dijual.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Konsep Gerai Tanpa Peniaga Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top