My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 3 July 2018

    Penahanan Najib Untuk Tutup Pemberian Kerakyatan 200 Ribu Orang Asing?



    Memang amat mendukacitakan kerana untuk kesekian kalinya, kerajaan telah menyalahgunakan kuasa yang ada untuk memalukan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ini kerana, pada jam 2.35 petang tadi, beliau telah ditahan oleh pasukan penyiasat khas 1MDB SPRM di kediaman beliau di Jalan Langgak Duta.

    Kenapa isu penyalahgunaak kuasa ini disebut? Ini kerana, dalam kenyataan media yang diedarkan oleh SPRM mahupun pelbagai liputan berita yang melaporkan penahanan ini, tidak ada walau satu pun menyatakan, atas seksyen apa Datuk Seri Mohd Najib ditahan dan atas tuduhan apa yang dilemparkan kepadanya sehingga menghalalkan penahanan ini.\

    Ironinya, penahanan ini nampaknya mempunyai helahnya yang tersendiri. Manakan tidak, semalam, menurut laporan media, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk memberikan kerakyatan sementara sebelum diberi kerakyatan penuh kepada 200 ribu orang yang mempunyai kemahiran Teknologi Maklumat dan pelbagai kemahiran lain mengikut keperluan negara.

    Keputusan ini mengundang kritikan hebat rakyat Malaysia yang menyifatkan keputusan kerajaan ini bakal melambakkan lagi pekerja asing di negara ini disamping akan mengecilkan peluang kerja warga tempatan. Ianya jelas sama sekali tidak selaras dengan manifesto Pakatan Harapan yang berjanji akan menyediakan 1 juta peluang pekerjaan buat rakyat Malaysia.

    Apabila menerima tekanan berterusan akibat keputusan ini, secara tiba-tiba SPRM seperti menerima arahan tertinggi, bertindak menahan Datuk Seri Mohd Najib tanpa menyebut sebarang akta penahanan berkenaan. Nampaknya, helah yang sama cuba dilakukan oleh kerajaan khususnya Tun Dr Mahathir bagi mengalih tumpuan rakyat Malaysia dari isu yang begitu hangat diperkatakan.

    Ini bukan helah baru kerana sejak beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 4 dahulu, beliau kerap menggunakan helah yang sama bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari terus menghentam setiap keputusan kontroversinya. Walaupun zaman telah berlalu, namun helahnya tetap sama.

    Mungkin, dengan penahanan ini, beliau dan kerajaannya mampu bernafas dan meneruskan dasar pengambilan 200 ribu pekerja asing kononnya untuk memenuhi keperluan teknologi maklumat dan pelbagai sektor lain. Dan dalam keadaan ini, yang menjadi mangsa adalah Datuk Seri Mohd Najib hanya kerana mahu rakyat tidak terlalu fokus terhadap pengambilan 200 ribu pendatang ini sebagai rakyat baru Malaysia/

    Benar, kita memang wajar mengasihani nasib yang menimpa Datuk Seri Mohd Najib andai masih mempunyai pemikiran yang waras dan hati perut jika kitra mengenangkan segala jasa yang telah beliau taburkan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira apa jua fahaman politik. Namun, usah lupakan niat kerajan yang mahu menyerapkan 200 ribu orang asing untuk dijadikan rakyat Malaysia yang sah.


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Penahanan Najib Untuk Tutup Pemberian Kerakyatan 200 Ribu Orang Asing? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top