My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 19 July 2018

    Pakatan Harapan Cuba Menjadikan Najib Sebagai Pesona Non Grata?



    Andai ditanya kepada mana-mana pihak yang masih mempunyai perasaan dan hati perut, pastinya mereka sedih dan terkilan akan layanan buruk yang diterima oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan pada 13 Mei yang lalu.

    Manakan tidak, sejak beliau berjaya ditumbangkan menerusi kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke 14 menerusi permainan persepsi dan penipuan serta fitnah, satu persatu dugaan beliau terima kononnya mahu menyiasat kes penyelewengan 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

    Siapa dapat melupakan bagaimana beliau diperlakukan seolah-olah beliau seperti Ketua Militan Daesh apabila kediaman beliau diserbu oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di malam umat Islam negara ini menyambut ketibaan 1 Ramadhan. Tidak terhenti setakat serbuan berkenaan, beberapa siri serbuan turut dilakukan dan timbul perbagai berita jelik dilakukan oleh anggota yang melakukan serbuan berkenaan.

    Kemudian, timbul pula pendedahan yang dilakukan oleh Pengarah JSJK, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh yang mendakwa jumlah rampasan yang dilakukan oleh anggotanya mencecah angka RM 900 juta hingga RM 1 bilion. Walaupun beliau memperincikan jumlah rampasan berkenaan namun beliau terlupa bahawa ada diantara barang rampasan berkenaan adalah milik peribadi dan milik pihak ketiga termasuk milik seorang peniaga barang kemas dari Timur Tengah.

    Cubaan seterusnya yang diterima beliau adalah akaun bank milik beliau dan seluruh anggota keluarganya dibekukan tanpa mengemukakan sebab kenapa akaun berkenaan dibekukan. Pada masa yang sama, pihak SPRM cuba mengheret beliau ke mahkamah walaupun kertas pertuduhan dan bukti rampasan pun masih belum mampu disiapkan.

    Apa sebenarnya cuuba dilakukan oleh Pakatan Harapan ini? Adakah mereka cuba menghancurkan imej Datuk Seri Mohd Najib secara total? Adakah mereka mahu membuatkan rakyat membenci Datuk Seri Mohd Najib dengan membuat pelbagai tekanan sehingga ada pihak menyifatkan, nasib yang menimpa Datuk Seri Mohd Najib hampir sama dengan nasib mediang Nelson Mandela sewaktu beliau menerima tekanan berterusan dari kerajaan Apartheid dahulu?

    Sebenarnya, memang benar, mungkin wujud cubaan untuk menjahanamkan terus imej Datuk Seri Mohd Najib dengan deretan cubaan dan tekanan yang mereka kenakan. Selain daripada cubaan ini, terdapat pendapat menyatakan, mereka berusaha menjadikan Datuk Seri Mohd Najib menjadi pesona non grata di bumi sendiri.

    Ini kerana, dengan menyekat akaun peribadi selain pergerakannya sentiasa di pantau rapi, terdapat cubaan untuk memisahkan beliau dengan semua yang pernah rapat dengannya. Mereka cuba menjadikan Datuk Seri Mohd Najib dan keluarga hidup keseorangan tanpa penyokong dan sehingga hari ini, cubaan mereka jelas gagal kerana sokongan yang diterima beliau semakin hari semakin meningkat.

    Memang, mengenang nasib yang menimpa Datuk Seri Mohd Najib, adalah sesuatu yang cukup mendukacitakan. kesemua enam Perdana Menteri sebelum ini amat menyanjungi bekas Perdana Menteri sebelum mereka. Malah, Almarhum Tunku Abdul Rahman sendiri turut menyanjungi Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang Almarhum sifatkan sebagai pejuang Melayu walaupun beliau sendiri meninggalkan UMNO sekitar tahun 1948.

    Namun, lain pula dengan kerajaan yang ada pada hari ini. Selagi boleh, mereka mahu melenyapkan nama Datuk Seri Mohd Najib dari peta politik negara. Malah, Menteri Kabinet yang dilantik oleh Tun Dr Mahathir juga kerap menjadikan Datuk Seri Mohd Najib sebagai punca berlakunya maslaah sedangkan masalah berkenaan muncul sebaik sahaja mereka berkuasa.

    Disebalik semua ini, Datuk Seri Mohd Najib nampaknya begitu tenang mengharungi dugaan demi dugaan sebegini. Bagi beliau, tidak apa yang perlu beliau gentarkan kerana cukup yakin, beliau berada di pihak yang benar.

    Kini, pihak kerajaan dan pelbagai agensi yang kini dilihat seperti menjadi hamba suruhan mereka masih terkial-kial untuk melenyapkan terus nama Datuk Seri Mohd Najib dari kotak pemikiran rakyat dengan masih lagi mencipta pelbagai tuduhan yang mereka sendiri tidak tahu bagaimana untuk membuktikannya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Pakatan Harapan Cuba Menjadikan Najib Sebagai Pesona Non Grata? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top