Sejak sekian lama, tidak kira apa jua kaum dan agama, hak ini sentiasa dihormati tanpa ada mana-mana pihak berani mencabarnya. Ini termasuklah para pelancong yang hadir yang mana ada diantara pakej yang mereka ambil adalah melawat ke Masjid Negara, Masjid Besi Putrajaya dan hampir kesemua Masjid yang ada di seluruh negara.
Sewaktu kerajaan sebelum ini mentadbir, tata etika pelancong yang melawat ke masjid-masjid ini sentiasa di kawal dan di pantau rapi oleh para petugas masjid. Namun, sebaik Pakatan Harapan membentuk kerajaan terutamanya di Sabah, dua kali kemuliaan masjid dicabar oleh segelintir pelancong yang amat kurang ajar yang seolah-olah cuba mempersendakan kemuliaan masjid dan agama Islam itu sendiri.
Sebelum ini, negara digemparkan dengan tindakan segelintir pelancong membuat tarian agak menghairahkan di atas pagar sebuah masjid di Kota Kinabalu.Tindakan ini pantas mengundang kecaman ramai terutamanya umat Islam di negara ini.
Namun, apa yang mendukacitakan, hukuman yang dijatuhkan keatas pelancong ini hanyalah denda RM 25 setiap seorang. Adakah ini sahaja maruah agama Islam dan kemuliaan sebuah masjid di Sabah?
Terbaru, penghinaan ini berulang semula. Menerusi beberapa keping gambar yang dihantar ke meja editor sebentar tadi, terdapat beberapa orang pelancong bergambar dalam keadaan akrobatik. Ini adalah kali kedua dalam tempoh sebulan, kemuliaan masjid di Kota Kinabalu di perlekeh dan dihina oleh pelancong asing yang berkunjung ke sana.
Kali ini, ingin ditanyakan, adakah berbaloi nilai denda RM 25 yang dikenakan sebelum ini? Sampai bila kerajaan negeri Sabah dan kerajaan pusat amnya prihatin terhadap siri penghinaan pelancong asing kepada masjid yang dianggap sebagai Rumah Allah ini? Adakah perilaku seumpama ini menjadi salah satu pakej tarikan baru pelancong ke Sabah?
Mengimbau kata-kata Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak satu ketika dahulu. "Akan terbangsatlah kaum Melayu di negara ini andai kuasa pemerintahan beralih kepada pihak yang salah". Kali ini, kami ingin menambah, akan terbangsatlah agama Islam andai kerajaan langsung tidak bertindak tegas menjaga maruah dan kebajikan agama Islam di negara ini.
0 comments:
Post a Comment