East Coast Rail Link (ECRL), satu projek mega yang menyasarkan kemudahan rakyat di Pantai Timur ke Pantai Barat Semenanjung yang membolehkan pembangunana ekonomi yang lebih baik dan tersusun. Malah, apabila siapnya ECRL ini, ianya akan memudahkan perhubungan antara dua buah wilayah yang selama ini boleh dihubungi dengan jalanraya dan pengangkutan udara.
Rancangan pembinaan infrastruktur mega ini mendapat kerjasama dan pelaburan dari China dan dianggarkan kos pembinaannya mencecah angka RM 55 bilion yang mana majoritinya dibiayai oleh kontraktor lantikan dari China sendiri dengan pengawasan SPAD dan pelbagai agensi di bawah seliaan kerajaan.
Sememangnya agak mengecewakan sebelum ini apabila kerajaan memilih uintuk membatalkan pembinaan ini kerana dikatakan membazir wang negara. Namun, kenyataan Tun Dr Mahathir sewaktu lawatannya ke Jepun baru-baru ini memberi satu sinar baru buat warga Pantai Timur. Beliau mengumumkan untuk mengkaji semula pengumuman kerajaan sebelum ini dengan menimbangkan keperluan semasa.
Namun, sebaik sahaja diumumkan projek berkenaan mendapat kelulusan untuk pembinaannya dengan pemilik Berjaya, Tan Sri Vincent Tan dipilih sebagai pengendali projek ini, kosnya secara tiba-tiba meningkat dari RM 55 bilion kepada RM 70 bilion, peningkatan sebanyak RM 15 bilion tanpa ada alasan yang benar-benar kukuh.
Proses menebuk terowong di Banjaran Titiwangsa sedang dilakukan |
Antara alasan yang diberikan adalah peningkatan kos barang mentah dan kos peningkatan RM 11 bilion berkenaan perlu untuk membolehkan "fasilities study" dilakukan. Bagaimana Menteri Kewangan ini boleh menjadikan alasan fasilities study sedangkan projek ini sudah berjalan sebanyak 13 peratus sepanjang pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib dan kerajaan BN sebelum ini?
Andai fasilities study dijadikan alasan kenaikan kos ini, perlulah diingatkan bahawa, fasilities study atau dalam bahasa mudahnya, kajian keboleh laksanaan sesuatu projek ini dilakukan sebaik sahaja sesuatu projek berkenaan telah diluluskan. Ianya melibatkan pelbagai aspek seperti geografi, keperluan penduduk, ekonomi dan faktor kewangan.
Ianya tidak dilakukan apabila sesebuah projek itu sudah berjalan apatah lagi projek seperti ECRL ini sudah berjalan sebanyak 13 peratus dengan 4 daripada stesennya di sepanjang jajaran Pantai Timur sedang dalam rangka pembinaan dan dua buah terowong juga sedang mula ditebuk. Apa lagi yang mahu dikaji sedangkan semua kajian keboleh laksaan telah dilakukan sebelum ini dan telah diluluskan?
Melihat akan kenaikan mendadak kos projek ECRL ini, tidak mustahil menjelang hujung tahun ini, kosnya akan meningkat sekali ganda iaitu RM 110 bilion dengan pelbagai alasan akan diberikan oleh kerajaan mahupun Kementerian Kewangan. Perkara ini tidak mustahil kerana dalam tempoh seminggu sahaj, kosnya telah naik separuh daripada harga kos asal pembinaan ECRL ini.
Apa helah sebenar di sebalik kenaikan mendadak ini? Bukankah sebelum ini kerajaan sendiri memberitahu, pembinaan ECRL yang menelan belanja sebanyak RM 55 bilion itu satu pembaziran? Adakah kenaikan sehingga RM 26 bilion ini bukan satu pembaziran? Kenapa tidak terus diumumkan kenaikan sekali ganda kos pembinaan supaya semua pihhak berkepentingan mendapat "laba" dari pembinaan ini?
0 comments:
Post a Comment