My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 10 July 2018

    Buaya Sesat Di Belakang Rumah Ditangkap



    Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Betong berjaya menangkap seekor buaya yang dipercayai tersesat di kawasan belakang sebuah rumah penduduk di Kampung Spaoh di sini hari ini. Reptilia sepanjang kira-kira 1.8 meter dan seberat kira-kira 50 kilogram itu ditangkap oleh lima anggota APM Betong pada pukul 12.05 tengah hari. 

    Pegawai Perhubungan Awam APM Sarawak, Hafizul Samah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan buaya itu pada pukul 11.10 pagi daripada pemilik rumah berkenaan. Katanya, sejurus menerima panggilan itu, sepasukan lima anggota APM Betong bergegas ke lokasi dan tiba pada pukul 11.43 pagi.

    "Sebaik tiba, anggota APM mendapati seekor buaya masih berada di belakang rumah seorang penduduk di situ sebelum melakukan operasi menangkap sang bedal itu.

    "Anggota APM mengambil masa kira-kira 20 minit untuk menangkap reptilia itu dengan memasukkan tali ke dalam rahangnya sebelum menutup kepala buaya berkenaan menggunakan guni dan mengikat kakinya dengan tali," katanya ketika dihubungi hari ini.

    Hafizul menambah, buaya tersebut tidak bertindak agresif ketika anggota APM melakukan operasi khas itu. "Reptilia itu kemudian dibawa ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) untuk tindakan lanjut," katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Buaya Sesat Di Belakang Rumah Ditangkap Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top