My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 19 July 2018

    Bersyukurlah, Banyak Juga Sudah Turun Sejak Pakatan Harapan Berkuasa



    Bukan satu perkara yang menghairankan apabila Pakatan Harapan sering kali memainkan sentimen kononnya mereka mempunyai formula terbaik untuk menurunkan pelbagai harga barang seandainya mereka berkuasa. Atas sebab inilah, rakyat akhirnya memberi mandat kepada mereka untuk berkuasa setelah melihat begitu banyak janji yang kononnya mampu untuk menolong rakyat.

    Sebelum ini, ramai di kalangan rakyat termasuk ahli UMNO sendiri mengeluh akan kenaikan harga barang. Masing-masing menunding jari kepada kerajaan Barisan Nasional kononnya dasar mengenalkan cukai GST adalah punca kepada kenaikan harga barang ini.

    Hakikatnya, tanpa mereka sedar, GST bukanlah penyumbang kepada kenaikan harga barang ini. Ini kerana, dari pembekal, pengilang, pemborong mahupun majoriti peniaga, ianya bukanlah orang kerajaan mahhupun terdiri dari kaum Melayu. Harga barangan telah lama di manipulasikan oleh peniaga kaum Cina yang kita sedia maklum, merekalah yang mengawal kedudukan ekonomi hari ini.

    Setelah meneliti sedalam-dalamnya, sepanjang lebih 70 hari Pakatan Harapan membentuk kerajaan, tanpa kita sedar, banyak juga harga barang telah mengalami penurunan. Hanya ada beberapa perkara sahaja yang mencatatkan peningkatan namun ianya tidak dapat menafikan penurunan harga yang telah berjaya dilakukan oleh kerajaan.

    Lihat sahaja harga tomato, harga pasaran komoditi seperti harga kelapa sawit, harga minyak kelapa sawit, harga getah, indeks pasaran saham dan terbaru yang hangat di perkatakan, kedudukan Ringgit Malaysia yang terus mencatatkan penurunan nilai berbanding Dolar Amerika Syarikat. Bukankah ini satu kejayaan buat Pakatan Harapan?

    Andai kita mahu menyenaraikan harga barang yang telah meningkat, mungkin ramai yang tidak sanggup membacanya kerana senarainya cukup panjang untuk di taip.

    Bayangkan, harga-harga barang yang menjadi tunggak negara kecuali tomato ini mencatatkan penurunan dan ada diantaranya mengalami penurunan mendadak sepanjang Pakatan Harapan berkuasa sejak 70 hari yang lalu. Andai untuk sepenggal, mungkin lebih banyak harga barang akan mengalami penurunan sebaik sahaja cukai kuno SST kembali diperkenalkan.

    Sesungguhnya, apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Annuar Musa semalam ada benarnya. Memang banyak harga barang telah mengalami penurunan sejak Pakatan Harapan membentuk kerajaan hasil daripada pemilih yang enggan membayar PTPTN, membantah perlaksanaan GST dan pelbagai faktor lagi.

    Hanya tinggal kita sahaja lagi mahu memperakuinya atau pun tidak. Namun, seperti biasa, penyokong Pakatan Harapan pasti mahu menyanggah hal penurunan ini kononnya ia bersifat sementara sahaja.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bersyukurlah, Banyak Juga Sudah Turun Sejak Pakatan Harapan Berkuasa Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top