My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 10 July 2018

    Fenomena Awan Formasi Ombak Di Beaufort Tidak Bahaya



    Formasi gumpalan awan seakan ombak dan puting beliung menggemparkan penduduk di sekitar pantai barat di negeri ini. Pembentukan awan tersebut jelas kelihatan terutamanya di kawasan sekitar daerah Beaufort dan berlaku kira-kira 30 minit sebelum arakan awan tersebut beransur hilang. 

    Berdasarkan gambar yang tular dalam laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp, fenomena tersebut berlaku pada pukul 7 pagi tadi disusuli dengan hujan lebat. Difahamkan, ia antara fenomena alam yang biasa dilihat penduduk setempat.

    Sementara itu, Pengarah Jabatan Meterologi Sabah, Azmi Daud memberitahu fenomena awan tersebut tidak membahayakan. "Fenomena itu merupakan kumpulan ribut yang tidak membahayakan. Lazimnya, ia berlaku akibat tiupan angin yang membuatkan awan tersebut kelihatan bergulung," katanya. Katanya, cuaca tersebut dipercayai beransur pulih menjelang petang tadi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Fenomena Awan Formasi Ombak Di Beaufort Tidak Bahaya Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top