Drama Nur lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli yang mencipta fenomena pada bulan Ramadan lalu bakal disambung sekuel keduanya tidak lama lagi.
Perkara itu disahkan sendiri pengarahnya, Shahrulezad Mohammed menerusi akaun Instagram semalam yang mendedahkan kru produksi dan pelakon akan mula memasuki set penggambaran dalam masa terdekat.
"Memang betul Nur 2 akan menemui penonton tidak lama lagi. Cuma pada awalnya saya berdepan dengan perasaan yang bercampur-baur sama ada mahu menyambung drama ini atau tidak kerana saya seorang yang berpegang kepada prinsip tidak akan menghasilkan naskhah sekuel untuk mana-mana karya meskipun ia mendapat rating tinggi.
"Namun selepas mendapat sokongan daripada pihak stesen televisyen, saya akur kerana terdapat permintaan tinggi daripada penonton," ujarnya.
0 comments:
Post a Comment