My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 3 July 2018

    Adililah Dengan Telus Dan Berlandaskan Undang-Undang



    Hari ini, satu lagi ujian Allah telah menimpa bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak apabila beliau telah ditahan oleh pasuklan khas penyiasat skandal 1MDB Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di rumah beliau di Jalan Langgak Duta, pada jam 2.35 petang tadi.

    Penahanan beliau ini memangt sudah dijangka berikutan beberapa petunjuk yang berlaku sepanjang dua minggu kebelakangan ini. Malah, beberapa hari lalu, heboh diperkatakan bahawa beliau bakal ditahan oleh Polis DiRaja Malaysia setelah beberapa kenderaan pihak polis memasuki kediaman beliau.

    Dipercayai, penahanan beliau ada kena mengena denga siasatan SPRM terhadap isu derma RM 2.6 bilion yang disumbangkan oleh keluarga DiRaja Arab Saudi menerusi akaun SRC International Sdn Bhd.

    Apa yang menariknya, sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, SPRM telah mengesahkan menerima jawapan bertulis dari pihak keluarga DiRaja Arab Saudi yang mengesahkan pe,berian dana politik berkenaan. Malah, pihak SPRM sendiri dalam satu kenyataan memberitahu, mereka berpuas hati dengan kenyataan balas dari pihak keluarga DiRaja Arab Saudi berhubung perkara ini.

    Kelmarin, bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memberitahu, tidak tahu menahu tentang dana berkenaan sedangkan beberapa bulan sebelum ini beliau memberitahu, pihak Bank Negara yang diketuai olehnya sedar dan tahu akan kemasukan dana berkenaan.

    Memang pelik kerana menurut pemahaman, setiap dana yang jumlahnya dalam amaun yang besar, perlu mendapat tandatangan seseorang Gabenor Bank Negara dan Kementerian Kewangan terlebih dahulu sebelum wang berkenaan boleh dibawa masuk kedalam negara.

    Justeru, apabila Tan Sri Zeti menafikan yang beliau tidak tahu akan kemasukan wang berkenaan, memang menimbulkan tanda tanya. Malah, dalam kenyataan balas yang dikeluarkan  oleh Datuk Seri Mohd Najib, beliau dengan tegas menyatakan, Tan Sri Zeti tahu dan sedar akan kemasukan wang berkenaan.

    Tidak mengapalah. Mungkin, pihak SPRM sudah cukup bukti untuk mengheret Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke mahkamah, esok pada jam 8.30 pagi. Mungkin, ketiadaan bukti kukuh untuk menahan Datuk Seri Mohd Najib sebelum ini seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr Mahathir, kini sudah menemui titik nokhtahnya.

    Apa yang diharapkan, adililah beliau berlandaskan undang-undang dan lakukanlah dengan penuh telus dan penuh intergriti. Usahlah mencampurkan siasatan dan pendakwaan ini dengan sifat dendam dan amarah sehinggakan beliau tidak berpeluang untuk mendapat keadilan dengan sewajarnya. Rakyat sentiasa cukup berminat memerhati setiap tindakan yang diambil keatas beliau.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Adililah Dengan Telus Dan Berlandaskan Undang-Undang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top