My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 4 July 2018

    Akta Penggubahan Wang Haram Bukannya Derma RM 2.6 Bilion?



    Pasti ramai yang tertanya-tanya, atas akta apakah yang diguna pakai oleh Pasukan Penyiasat Khas 1MDB SPRM menahan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Ini kerana, langsung tidak ada sebarang akta disertakan di dalam kenyataan media SPRM dan tiada sebarang ulasan terperinci diberikan oleh Ketua Pengarah SPRM, Tan Sri Syukri Abdull.

    Sebaliknya, Datuk Seri Mohd Najib terus ditahan begitu sahaja dan langsung tidak diketahui, nasib beliau di dalam tahanan SPRM. Cuma apa yang diketahui adalah, beliau akan dibawa ke mahkamah pada jam 8.30 pagi esok untuk mendapatkan tahanan reman sebelum kes beliau disebut di mahkamah atas 10 pertuduhan yang dilemparkan.

    Menariknya, dalam akaun Twitter milik Datuk Seri Mohd Najib, penahanan beliau sebenarnya ada hubung kait dengan Akta Penggubahan Wang Haram (AMLA), bukannya berkaitan kes RM 2.6 bilion yang disumbangkan oleh keluarga DiRaja Arab Saudi seperti yang dimainkan oleh semua pihak sebelum ini.

    Berikut adalah kenyataan pertama beliau sebaik ditahan oleh SPRM hari ini.

    "Mereka nak dakwa saya diatas 10 kesalahan penggubahan wang haram. Sedangkan sebelum ini rakyat disajikan derma 2.6 billion yang dikatakan dicuri dari 1MDB. 

    Kononnya saya mencuri berbilion dana 1MDB, tapi hari ini dituduh atas dakwaan lain tanpa bukti kukuh, menahan dan mendakwa saya di mahkamah adalah tidak mudah. 

    Baru sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari ‘bukti lain’, sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka. 

    Datuk Seri Najib Tun Razak

    Berdasarkan kenyataan beliau ini, nampaknya, lebih 8 juta yang memberi undi kepada Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan berdasarkan pelbagai tuduhan palsu sebelum ini, telah di bodohkan hidup-hidup. Tiada sebarang pendakwaan berhubung kes 1MDB mahupun isu derma Rm 2.6 bilion seperti yang mereka kerap mainkan sebelum ini.

    Berdasarkan kes melibatkan AMLA, sesiapa pun boleh didakwa sekiranya sumber kewangan serta pemilikan harta mereka diragui walaupun mak cik penjual goreng pisang sekali pun. Persoalannya, mampukah SPRM mengadakan bukti bagi mendakwa dan memenjarakan Datuk Seri Mohd Najib seperti mana yang amat diharapkan oleh Pakatan Harapan dan Tun Dr Mahathir sendiri?

    Jika mahu mendakwa seseorang, perlukan satu bukti yang kukuh serta perlu mengemukakan pendakwaan yang sahih. Barulah orang akan menyatakan, ia satu pendakwaan yang penuh intergriti. Namun apa yang diperhatikan, nampaknya, SPRM bukan lagi sebuah badan bebas seperti dahulu melainkan badan berkenaan sudah bertukar menjadi hamba suruhan pihak atasan.

    Andai ini berlaku, tidak mustahil, semua pemimpin pembangkang akan diheret oleh SPRM dan segala kes melibatkan kerajaan hari ini akan lepas bebas tanpa sebarang pendakwaan mahupun siasatan. Di sinilah timbul persoalan, mana kebebasan SPRM dahulu kerana hari ini mereka lebih rela membiarkan diri mereka diikat dan di suruh seperti hamba.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Akta Penggubahan Wang Haram Bukannya Derma RM 2.6 Bilion? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top