My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 July 2018

    Mundurkah Malaysia Tanpa Projek Kereta Nasional Baru?



    Melihat kepada kepimpinan kerajaan baru di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, ianya seolah-olah mengulangi tahun-tahun awal pentadbirannya sekitar tahun 1981 sehingga 1985. Manakan tidak, diawal pentadbirannya, negara pertama yang dikunjungi beliau adalah Jepun yang menyaksikanidea untuk membuat kereta nasional pertama, Proton, tercipta.

    Sejarah telah tercatat, sekitar 1982, beliau telah mencetuskan ilham untuk menubuhkan Perusahaan Otomobil Nasional negara pertama yang menyaksikan pada 1983, usaha kearah penubuhan Proton bermula sebelum pada Julai 1985, Protonsecara rasmi tertubuh dengan kilangnya terletak di Shah Alam.

    Itulah detik besar negara yang menyaksikanpaksi ekonomi Malaysia pada ketika itu banyak bergantung kepada hasil tani berubah menjadi sebuah negara perindustrian. Tidak ada sesiapa pun boleh menafikan sejarah ini dan tidak ada sesiapa pun dapat menidakkan, idea ini telah membawa negara berganjak kenegara kelas kedua yang pesat membangun di Asia Tenggara.

    Hari ini, beliau cuba mengulangi sejarah yang sama apabila untuk kali kedua beliau mencadangkan penubuhan sebuah lagi projek kereta nasional sebagai tambahan kepada Proton dan Perodua yang sudah bertapak sejak sekian lama.Kali pertama idea ini tercetus sewaktu beliau ke Jepun sebelum perkara yang sama beliau ulangi baru-baru ini.

    Namun, tidak seperti penubuhan Proton dahulu, idea beliau kali ini mendapat kritikan hebat dari rakyat. Malah, diberitakan, tidak ada mana-mana pihak bersedia untuk menjalinkan kerjasama merealisasikan hasrat menubuhkan sebuah lagi projek kereta nasional.

    Dalam ulasannya setelah mengetahui ideanya ini ditolak, Tun Dr Mahathir memberitahu, negara tidak akan mengecapi status negara maju andai menolak penubuhan sebuah lagi projek kereta nasional. Persoalannya, adakah mundur negara ini andai menolak idea berkenaan? Adakah dengan menubuhkan sebuah lagi projek kereta nasional, barulah negara mengecapi status negara maju?

    Satu hakikat yang harus ditelan oleh semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir sendiri adalah, Proton, sejak tahun 1985 sehingga kini masih belum mencatatkan keuntungan fiskal sendiri. Walaupun sudah mencecah usia 33 tahun, Proton masih mengharapkan belas ikhsan kerajaan menyalurkan bon untuk menyelesaikan deretan hutang mereka dengan para vondor.

    Paling menyedihkan, Proton masih gagal menembusi pasaran luar walaupun usaha kearah itu pernah cuba dilaksanakan sebelum ini. Antara alasan penolakan negara luar terhadap Proton adalah, kualiti dan assessori kereta yang mudah rosak selain daripada kegagalan pihak Proton sendiri menyediakan alat ganti yang mencukupi bagi membolehkan kereta berkenaan dieksport ke luar negara.

    Lebih mengharukan, rakyat Malaysia hari ini lebih cenderung untuk menggunakan kereta asing seperti Honda, Toyota, Nissan adan apa jua model luar negara dari mengagungkan produk hasil tempatan sendiri. Jika ada sekalipun hanyalah Perodua yang dilihat mampu menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran dan model Myvi masih kekal menjadi model kompak terlaris di pasaran tempatan.

    Melihat kepada senario kereta nasional hari ini, adakah ini petunjuk paling sesuai untuk menggambarkan kemajuan Malaysia? Adakah ini menjadi penanda aras buat kerajaan untuk memastikan negara menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020?

    Harus diingat, status negara maju ini akan diambil kira menerusi pelbagai penilaian.Antaranya sistem dan pengurusan ekonomi, kestabilan politik, purata pendapatan seisi rumah mahupun kekuatan dan rizab persekutuan semasa termasuk KDNK. Ianya langsung tidak ada kena mengena dengan penubuhan sebuah model kereta nasional terbaru.

    Perlu juga ditekankan adalah, menubuhkan sebuah kereta nasional baru memerlukan modal yang cukup besar.Kenapa tidak digunakan modal berkenaan untuk membangunkan kemudahan pengangkutan awam seperti khidmat tren dan sebagainya? Rasanya itu lebih memberi manfaat kepada rakyat berbanding terpaksa bersesak-sesak di atas jalan raya dengan harga runcit petrols endiri tidak pernah menampakkan penurunan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mundurkah Malaysia Tanpa Projek Kereta Nasional Baru? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top