My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 10 July 2018

    Maruah Sekolah Tahfiz Jauh Lebih Rendah Dari Sekandang Babi?



    Sejak dari dahulu lagi, institusi pengajian tahfiz ini sentiasa di pandang tinggi oleh orang-orang Melayu Nusantara terutamanya yang beragama Islam. Manakan tidak, hasil daripada didikan tahfiz ini, lahirlah para imam dan para pendakwah agama yang menyebarkan syiar Islam di serata pelusuk Nusantara. Malah ada diantara mereka berkelana sehingga ke Tanah Suci Mekah.

    Di Tanah Melayu ini sendiri, ramai para Hufazan telah lahir dan ada diantaranya dikenang sebagai seorang Hufazan yang terulung. Malah, ramai dikalangan mereka dikenang sebagai salah seorang penyebar syiar Islam terkemuka. Tidak hairanlah, banyak sekolah pondok dan kelas pengajian hafazan di buka dan mendapat sambutan ramai kalangan ibu bapa yang mahu melihat anak-anak mereka diisi dengan ilmu keagamaan.

    Namun, perkara yang dahulunya dipandang dengan penuh kemuliaan kini sedang berhadapan dengan ancaman yang maha dahsyat. Manakan tidak, syiar Islam yang terbit di Tanah Melayu dengan iringan doa dan hafazan annak-anak Melayu sejak 1400 tahun yang lalu, kini terpaksa berhadapan dengan penutupan hasil dari desakan dari anak Melayu dan penganut agama Islam itu sendiri.

    Ironinya, sejak Pakatan Harapan berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, antara perkara yang amat dibimbangi adalah masa hadapan beberapa agensi melibatkan agama Islam dan pusat-pusat pengajian Islam itu sendiri. Ini termasuklah pengajian hafiz dan pondok yang dilihat seperti ancaman utama terhadap fahaman liberal yang dilihat menjadi tunjang kepada Pakatan Harapan.

    Telahan ini nyata benar apabila beberapa badan NGO pro liberal yang menyokong kerajaan hari ini mendesak kerajaan menutup terus pusat pengajian tahfiz. Malah, bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin sendiri turut mendesak perkara yang sama dilakukan oleh kerajaan kerana menganggap sistem pengajian ini sudah lapuk dan tidak selaras dengan dasar pendidikan nasional.

    Menariknya, di beberapa buah negeri seperti Melaka amnya, pelbagai cadangan dibuat untuk membuka beberapa ladang penternakan babi secara moden dan komprehensif. Tidak cukup dengan itu, beberapa buah sekolah Jenis Kebangsaan Cina juga telah diluluskan untuk pembinaannya disebalik desakan mereka mahu melihat sekolah tahfiz ini ditutup sama sekali.

    Apakah nilah sekolah tahfiz dan para pelajar tahfiz ini lebih rendah maruahnya berbanding sekandang babi yang dicadang untuk di buka secara meluas di beberapa buah negeri terutamanya Melaka? Adakah para pelajar dan para hafazan ini langsung tiada nilai disisi masyarakat sehingga kewujudan mereka cuba dinafikan dan cuba ditutup terus oleh mereka yang berfahaman liberal dan mendukung amalan LGBT?

    Ini bukan satu perkara yang boleh dipersendakan sesuka hati kerana kewujudan institusi pengajian tahfiz dan sekolah-sekolah pondok ini begitu dekat di hati kaum Melayu yang masih berpegang teguh pada ajaran Islam. Malah, kewujudan pusat pengajian tahfiz dan pondok ini juga begitu di beri perhatian khusus oleh Yang DiPertuan Agong selaku tunggak kepada agama Islam di negara ini.

    Jika ada yang cuba menafikan, mari kita renungkan sejenak nasib Pusat Pengajian Al Baraqah yang diusahakan oleh Penceramah bebas, Datuk Ustaz Kazim Elias. Di beritakan, pusat pengajian berkenaan tidak lagi mampu bertahan setelah segala bantuan yang diterima sebelum ini dihentikan termasuk karier beliau sendiri tidak menentu setelah disekat dari memberi sebarang cermah di semua medium.

    Andai pengasasnya sendiri disekat dari bekerja dan mencari dana untuk sekolah tahfiz ini, bukanlah satu perkara mengejutkan apabila sekolah ini terpaksa di jual dan menerusi carian di laman web mudah.my, sekolah ini dijual pada harga RM 5 juta termasuk dengan tapaknya sekali. Apa sudah jadi?

    Jika sebelum ini, Tun Dr Mahathir menzahirkan hasrat untuk menjadikan PPBM, parti yang dinaunginya sebagai parti yang mampu menjaga orang-orang Melayu, buktikanlah kata-kata beliau ini dengan menyelamatkan ribuan sekolah tahfiz yang sedang diancam penutupan secara besar-besaran kerana ketidak mampuan mereka mencari dana untuk terus bergerak.

    Inilah masa dan ketikanya untuk membuktikan bahawa PPBM mampu membela institusi pendidikan yang begitu dekat di hati kaum Melayu. Tidak perlu untuk terus berpolitik dan terus membicarakan kisah 1MDB dan SRC International Sdn Bhd jika kebajikan sekolah yang banyak melahirkan para ilmuan agama ini terbiar tutup hasil daripada desakan mereka yang menjunjung fahaman liberal.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Maruah Sekolah Tahfiz Jauh Lebih Rendah Dari Sekandang Babi? Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top