My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 12 July 2018

    Kawal Waktu Mati



    Seorang bekas jururawat disyaki membunuh sehingga 20 pesakit warga emas dengan cara mengawal kematian mereka bagi memastikan mereka tidak meninggal dunia ketika dia bertugas. 

    Ayumi Kuboki, 31, disyaki membunuh lelaki warga emas, Sozo Nishikawa, 88, di sebuah hospital di pinggir bandar Tokyo pada 2016, namun wanita itu turut dikaitkan dengan kematian sehingga 20 mangsa warga emas lain, lapor media.

    Ayumi didakwa membunuh Nishikawa dengan menyuntik bahan disinfektan atau nyahjangkit ke dalam titisan cecair intravenanya. Dia tidak lagi bekerja sebagai jururawat sejak kejadian itu.

    Agensi berita Jiji memetik sumber polis melaporkan, suspek mengaku bahawa dia mencampurkan disinfektan ke dalam titisan cecair intravena kepada kira-kira 20 pesakit. Menurut Japan Times, Ayumi memberitahu penyiasat, dia tidak senang dengan peraturan bahawa jururawat perlu memaklumkan keluarga pesakit mengenai kematian ketika waktu tugasannya.

    Menurut laporan, dia memberitahu polis tugas memaklumkan keluarga itu sesuatu yang ‘menyusahkan.’ Penyiasat menemui cecair dalam beg intravena Nishikawa dipercayai dimasukkan pada hujung syif Ayumi, yang mahukan pesakit itu mati selepas dia tamat waktu kerja.

    Bahan sama turut ditemui dalam mayat tiga pesakit lain. Asahi Shimbun melaporkan, polis percaya Ayumi bukan saja membunuh pesakit yang tenat apabila ada mangsa yang dikaitkan kematian dengannya sebenarnya tidak mempunyai masalah kesihatan serius.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kawal Waktu Mati Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top