My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 18 July 2018

    Sekarang, Mari Kita Tepuk Tangan Beramai-Ramai



    Secara amnya, sekiranya seseorang manusia itu terlalu gembira, antara tindakan refleknya adalah menepuk tangan. Itu sudah menjadi lumrah manusia tanda menzahirkan kegembiraan selain daripada menzahirkan hati mereka terhibur dengan sesuatu perkara.

    Hari ini, mungkin rakyat Malaysia boleh menzahirkan kegembiraan mereka dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan hari ini. Sebelum mereka memperoleh kuasa menerusi kemenangan dengan menggunakan fitnah pada Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu, pelbagai janji mereka taburkan sehinggakan ramai dikalangan rakyat begitu terpesona dengan janji-janji mereka.

    Bayangkan, dalam banyak poster, mereka mendakwa, 9 Mei 2018 adalah hari terakhir rakyat perlu membayar cukai GST sebanyak 6 peratus. Malah di antara pemimpin Pakatan Harapan yang menjanjikan, harga minyak akan turun sehingga RM 1.50 seliter, sehari selepas mereka berjaya merampas Putrajaya dari tangan Barisan Nasional.

    Itu belum lagi menyentuh bagaimana mereka memperdayakan golongan muda dengan mendakwa akan memansuhkan segala cukai PTPTN yang menjadi "hantuu" di dalam diri anak muda. Tidak kurang juga dengan janji untuk memotong sebanyak 2 peratus dari caruman KWSP suami untuk para isteri yang menjadi suri rumahtangga.

    Hari ini, 70 hari sudah berlalu, cukai GST memang telah tiada di dalam resit kerana cukai berkanaan di kurangkan kepada 0 peratus, bukan di mansuh. Menariknya, Pakatan Harapan memang melaksanakan janji untuk memansuhkan terus GST dan menggantikannya dengan SST, sistem cukai lama yang hanya digunakan oleh kira-kira 20 buah negara sahaja.

    Lebih menarik lagi, menerusi cukai SST yang bakal dilaksanakan sepenuhnya pada 1 September nanti, kadar cukainya adalah 10 peratus untuk cukai jualan dan 6 peratus untuk cukai perkhidmatan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan cukai sebanyak 16 peratus, peningkatan 10 peratus cukai dari cukai GST sebelumnya.

    Adakah ini yang dinamakan penambah baikan sistem cukai negara? Terus terang untuk di perkatakan adalah, Malaysia mengambil langkah kebelakang apabila memperkenalkan semula cukai SST yang dianggap oleh pakar ekonomi dunia sebagai kutipan cukai ketinggalan zaman dan penuh ketirisan. Malah, pemerhati ekonomi dunia juga berpendapat, Malaysia bakal mengalami inflasi yang tinggi menjelang tahun hadapan.

    Tidak perlu untuk kita mengulas panjang lebar tentang sistem kutipan kuno ini. Secara ringkasnya, menerusi GST, tidak ada peniaga, pemborong mahupun pengilang  yang boleh lari atau menipu hasil perolehan perniagaan mereka. Namun, menerusi SST, semua pengilang, pemborong mahupun peniaga boleh memanipulasi hasil perolehan mereka dan mereka boleh menetapkan harga barang milik mereka sesuka hati mereka tanpa ada akta pengawalan khusus.

    Perlu untuk difahami adalah, pelabur barat khususnya dari Eropah dan Amerika Syarikat sendiri pernah meletakkan syarat asas kepada negara iaitu, Malaysia perlu melupuskan terus cukai SST sebelum mereka menghantar pelaburan mereka ke Malaysia. Malaysia perlu memperkenalkan cukai GST yang telah diamalkan oleh kira-kira 170 buah negara dan menunggalkan cukai kuno berkenaan.

    Itulah antara punca utama kenapa Datuk Seri Mohd Najib mengambil keputusan untuk memperkenalkan cukai GST kepada rakyat. Sebaik sahaja cukai berkenaan diperkenalkan, ekonomi Malaysia mula melonjak dan serangan ekonomi yang berlaku pada sekitar 2015 dan 2016 tidak terlalu memberi kesan kepada KDNK dan Rizab Persekutuan Malaysia hasil daripada sokongan kuat pelabur asing di Malaysia.

    Namun, sebaik sahaja ura-ura kerajaan Pakatan Harapan mahu memperkenalkan semula cukai SST di negara ini, pasaran saham negara mengalami penurunan berterusan sejak hari pertama Pakatan Harapan memenangi PRU ke 14. Banyak pelabur asing mula menarik semula pelaburan mereka dari Malaysia kerana hilang keyakinan terhadap dasar-dasar pengurusan ekonomi negara.

    Bagi pelabur asing, sistem percukaian yang betul selain daripada kos tenaga buruh yang rendah menjadi tarikan utama buat mereka melabur kedalam Malaysia. Bagaimana mereka mahu melaburkan wang mereka yang banyak kedalam Malaysia apabila sistem percukaian itu sendiri melambangkan betapa tirisnya ekonomi Malaysia selepas 1 September kelak?

    Paling utama, disaat ekonomi dunia bergerak pantas dan semua agensi kewangan antarabangsa termasuk IMF, Bank Dunia mahupun pakar ekonomi dunia bersetuju dengan pelaksanaan GST atau VAT di lebih 170 buah negara dunia, Malaysia mengambil pendirian untuk menurunkan tarafnya dari sebuah negara paling progresif ekonominya di Asia kepada sebuah negara yang sama tarafnya dengan majoriti negara dunia ketiga dari Afrika dan beberapa negara Asia yang lain.

    Ketika mengulas tentang perlaksanaan semula SST ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng seolah-olah senada dan seperti meniru gaya dan ulasan yang dikeluarkan oleh Datuk Ahmad Maslan. Mereka berdua berkata, rakyat tidak perlu membayar apa jua cukai SST sekiranya tidak membeli barang. Soalannya,a dakah mereka mahu rakyat mengamalkan kehidupan mencuri dan merompak demi mahu mengelak cukai SST?

    Inilah hasil pilihan mereka yang begitu mahukan pinjaman PTPTN di mansuhkan, harga minyak yang dianggap tidak masuk akal, cukai GST yang kononnya membebankan dan macam-macam lagi. Lebih 8 jut ayang memberi undi kepada Pakatan Harapan kononnya mahu mewujudkan Malaysia era baru nampaknya telah membawa Malaysia kesebuah negara usang dan negara yang berundur kebelakang.

    Adalah malang buat rakyat Malaysia hari ini, ketika dunia sedang menikmati kemakmuran ekonomi yang berkembang pesat dengan sistem percukaian yang komprehensif, rakyat Malaysia pula terpaksa menelan hakikat, SST bakal mengempiskan lagi poket mereka. Untuk ini, marilah kita bertepuk tangan dan bersorak gembira sebagai menghargai "kebijak pandaian" kerajaan yang ada pada hari ini.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sekarang, Mari Kita Tepuk Tangan Beramai-Ramai Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top