My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 12 July 2018

    Dua Minggu Terputus Hubungan



    PENDUDUK Lusong Laku, Belaga di Bintulu, terputus hubungan sejak dua minggu lalu selepas laluan penghubung ke kawasan pedalaman itu runtuh dan masih belum dibaik pulih hingga kini.

    Penduduk, Robert Abit, 43, berkata, keadaan itu menyukarkan penduduk, khusus komuniti Penan untuk meneruskan rutin kehidupan mereka, termasuk bagi mendapatkan keperluan harian di Bintulu. “Keadaan bertambah sukar ketika kecemasan, terutama untuk menghantar anggota keluarga yang sakit ke hospital.

    “Ini disebabkan laluan itu satu-satunya penghubung Lusong Laku dengan Bintulu, Belaga serta kawasan berhampiran,” katanya kepada NSTP, semalam.

    Difahamkan, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, ketika lawatan kerjanya ke Sungai Asap, baru-baru ini meluluskan peruntukan RM2 juta bagi memperbaiki Jalan Lusong Laku yang rosak teruk itu.

    Justeru, Robert berharap agar laluan itu diperbaiki segera kerana peruntukan sudah diluluskan oleh kerajaan negeri, selain kepentingannya dalam memudahkan kehidupan penduduk setempat. Pada masa yang sama, beliau kesal kerana isu laluan berkenaan seolah-olah tidak diendahkan pihak berkaitan, walaupun aduan rasmi sudah dibuat penduduk.

    “Kebanyakan penduduk terpaksa meletak kenderaan di seberang jalan dan berjalan kaki meredah laluan yang runtuh itu untuk berulang-alik ke rumah, malah laluan itu juga agak tinggi dan merbahaya, termasuk risiko terjatuh ke sungai jika tersilap langkah.

    “Justeru, saya mewakili penduduk di kawasan Lusong Laku berharap supaya jalan ini diperbaiki dengan segera kerana ia menjadi keperluan mendesak penduduk pada masa sekarang,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Dua Minggu Terputus Hubungan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top