Sudah masuk hari ketiga Sidang Dewan Rakyat kali pertama untuk penggal ini berlangsung dengan buat pertama kalinya, Pakatan Harapan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir Mohamad duduk di kerusi pihak kerajaan. Ia pemandangan yang diluar kebiasaan sejak kali pertama Sidang Dewan Rakyat berlangsung dengan Barisan Nasional sering duduk di kerusi sebelah kanan pihak kerajaan.
Dalam tempoh tiga hari ini jugalah pelbagai kisah lucu berlaku termasuklah satu kisah mistik dan satu kisah berhimpunnya kaum keluarga serta sahabat handai di dalam Dewan Rakyat, sesuatu perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah persidangan Dewan Rakyat negara.
Pastinya yang mencuri tumpuan adalah kehadiran tetamu dan juga sahabat Pengerusi Hindraf yang juga Menteri Perpaduan Negara, P Waythamoorty. Manakan tidak, meneruusi sebaran awal gambar semasa perlantikan senator di Dewan Rakyat kelmarin, kelibat tetamu P Waythamoorty itu seperi kelibat makhluk halus.
Namun, tidak berapa lama kemudian, menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa, beliau menafikan kewujudan makhluk halus yang di sebarkan menerusi media sosial sebelum ini. Beliau mengesahkan, "makhluk halus" berkenaan adalah sahabat dan tetamu P Waythamoorty dan meminta semua pihak berhenti dari mengeluarkan pelbagai andaian.
Sebelum kejadian ini, semasa hari pertama sidang Dewan Rakyat, Ahli Parlimen kerajaan nampaknya menjadikan sidang Dewan Rakyat kali ini seperti majlis hari keluarga ataupun hari ramah tamah. Manakan tidak, boleh dikatakan, hampir semua Ahli Parlimen kerajaan membawa kaum keluarga termasuk anak-anak mereka ke siidang Parlimen.
Belum pernah perkara seumpama ini berlaku sepanjang Barisan Nasional membentuk kerajaan sejak 13 penggal yang lalu. Malah, isteri Menteri Kewangan, Betty Lim juga dilihat berada di dalam ruang yang sepatutnya menjadi ruang buat semua 222 orang Ahli Parlimen berbahas. Memang menghairankan, Parlimen mana yang dimenangi Betty sehingga membenarkan dia berada di dalam ruang dewan berkenaan?
Tidak kurang juga kehadiran Ahli Parlimen kerajaan yang tersilap menggayakan pakaian rasmi Ahli Parlimen Malaysia. Ada yang mengenakan songkok terbalik, menggayakan perhiasan di dada yang dipasang dengan tidak betul dan ada juga yang dilihat masih terbawa-bawa imej pembangkang apabila tersilap memasuki pintu dewan.
Ini baru tiga hari Pakatan Harapan memasuki dewan Rakyat sebagai kerajaan sejak memenangi Pilihan Raya Umum ke 14. Tidak tahulah apa lagi yang bakal wujud setelah kisah seram, lucu dan penganjuran hari keluarga diadakan di Parlimen.
Mungkin benar, mereka tidak pernah menjadi kerajaan sebelum ini dan bukanlah suatu perkara yang mengejutkan, reaksi dan tindak tanduk mereka seolah-olah seperti sekawan kera yang mendapat sekuntum bunga. Nampaknya, kita bakal menyaksikan lebih banyak perkara mengejutkan yang akan berlaku sepanjang tempoh Pakatan Harapan menjadi kerajaan kali ini.
0 comments:
Post a Comment