Pemain tengah Perancis, Paul Pogba merasakan pasukannya telah menamatkan kekebalan Messi dan juga pemain-pemain lain selepas mereka berjaya menyingkirkan Argentina pada aksi peringkat 16 pasukan terbaik dengan kemenangan 4-3 di Arena Kazan, Rusia.
Keyakinan tersebut juga lebih menyerlah apabila Les Bleus berjaya melengkapkan kemenangan kedua merangkul Piala Dunia selepas menjulang trofi sama pada 1998 dengan menewaskan Croatia 4-2 di pentas final di Stadium Luzhniki, Moscow, Ahad lalu.
Pogba merasakan aksi berdepan Argentina berlangsung penuh debaran dan ia memberikan kepuasan kepadanya apabila melihat Messi terpaksa menerima kekalahan tersebut di Arena Kazan.
“Saya mahu melihat setakat mana kemampuan Messi memberi tekanan kepada kami ketika berada di atas padang. Sekarang kami telah menamatkan riwayat pemain yang sebelum ini dianggap sebagai pahlawan buat pasukan Argentina.
“Messi atau sesiapa pun tidak penting bagi kami kerana Perancis hanya mahukan kemenangan dalam semua perlawanan. Apa yang penting, hasrat kami sudah tercapai apabila berjaya menjulang trofi keramat tersebut di pentas final,” kata Pogba.
0 comments:
Post a Comment