Selepas diserang Sheeda dan video mengenainya menjadi tular sejak malam tadi, penyanyi dan pengacara Ifa Raziah bertindak membuat laporan polis. Memetik laporan sebuah portal berita, Ifa mendakwa dia membuat laporan polis kerana disentuh oleh Sheeda.
“Saya di balai polis buat laporan. Siapa yang sentuh dia yang salah,” katanya. Menerusi video yang berdurasi 43 saat itu, Sheeda atau nama sebenarnya Rashidah Hamid, 54, dilihat menolak bahu Ifa dan menuduh wanita tersebut sebagai penipu. “Aku nak bersemuka, banyak hal lagi dengan kau.
“Kau cakap belakang pasal aku tapi tak nak bersemuka dengan aku?” jerkah Sheeda dalam video berkenaan. Menerusi kapsyen video tersebut yang dimuat naik pada laman Instagramnya, penyanyi lagu Angkat Kaki itu turut meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap sikap Ifa yang suka memburukkannya.
“Semua orang kau canang cerita buruk pasal aku. Sekarang biar semua orang tahu kau penakut, penipu,” tulis Sheeda.
Kedua-dua penyanyi berkenaan sebelum itu menghadiri majlis ramah mesra dan minum petang bersama Yang Dipertuan Agong, Sultan Muhammad ke V, di Istana Negara pada petang Selasa. Lebih 500 penggiat seni pelbagai latar belakang hadir pada majlis berkenaan yang terdiri daripada penyanyi, pelakon, produser, pereka fesyen, aktivis seni serta usahawan.
0 comments:
Post a Comment