My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 July 2018

    SST Dijangka Tingkatkan IHP, Kadar Inflasi



    Pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada bulan September ini mungkin akan menyebabkan peningkatan kecil harga di negara ini, menaikkan Indeks Harga Pengguna (IHP) kepada 1.7 peratus pada 2019 berbanding jangkaan sebanyak 1.5 peratus pada 2018. 

    Ketua Pakar Ekonomi RHB Research Institute Sdn. Bhd., Peck Boon Soon berkata, peniaga mungkin akan menye­rap kos daripada SST dan meningkatkan sedikit harga jualan. “Saya tidak begitu pasti bagaimana reaksi peniaga terhadap SST, sama ada mereka akan menjadi lebih terkawal atau tidak dalam meningkatkan harga.

    “Bagaimanapun, saya percaya secara amnya akan terdapat sedikit peningkatan, peniaga akan cuba untuk meningkatkan harga mereka setiap tahun untuk menanggung kos menjalankan perniagaan yang mana akan berterusan meningkat,” katanya di sini semalam.

    Kelmarin, Menteri Kewa­ngan, Lim Guan Eng mengumumkan bahawa di bawah pengenalan semula SST, peruntukan untuk perkhidmatan akan dikenakan cukai enam peratus manakala cukai jualan pada kadar 10 peratus, sama seperti dilaksanakan sebelum Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dimulakan pada 1 April 2015.

    Katanya, Rang Undang-Undang SST dijangka diluluskan pada persidangan Dewan Rakyat sekarang dan akan dilaksanakan pada September.

    Ditanya sama ada pengembalian SST akan membawa kepada peningkatan inflasi di negara ini, Peck berkata, kesannya hanya dapat dilihat tahun depan apabila IHP dijangka meningkat sedikit kepada 1.7 peratus daripada 1.5 peratus yang dijangkakan pada 2018.

    “Unjuran inflasi utama untuk 2018 dan 2019 masih akan lebih rendah daripada 3.8 peratus yang direkodkan tahun lepas,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: SST Dijangka Tingkatkan IHP, Kadar Inflasi Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top