My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 18 July 2018

    Kes ADUN Pujut Dibawa Ke Mahkamah Persekutuan



    Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggerakkan usul untuk memohon kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak keputusan Mahkamah Tinggi terhadap status warganegara Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, Dr. Ting Tiong Choon. 

    Beliau membawa usul itu dan dipersetujui 68 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri, manakala tujuh lain menentang gerakan berkenaan. Menurutnya, usul itu dibuat bukannya mahu melancarkan serangan peribadi terhadap Tiong Choon sebaliknya hanya bersifat penganiayaan politik kepada seluruh Ahli Yang Berhormat.

    "Dia mempunyai status warganegara Australia dan kerajaan Malaysia tidak dimaklumkan mengenai perkara ini. Kami mahukan keputusan tepat daripada Mahkamah Persekutuan bagi menegakkan keputusan yang dibuat Mahkamah Tinggi terhadap status Adun Pujut itu," katanya ketika sidang akhbar di Bangunan DUN di sini hari ini.

    Tambah Abdul Karim, permohonan dibuat dalam tempoh sebulan bermula 13 Julai lalu iaitu semasa keputusan Mahkamah Rayuan terhadap status berkenaan. Cadangan berkenaan disokong Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Komunikasi Korporat), Abdullah Saidol.

    Bagaimanapun, ADUN Padungan, Wong King Wei memprotes usul itu sehingga mencetuskan sedikit pertelingkahan selama 10 minit dengan Abdul Karim.

    Pada 13 Julai lalu, Mahkamah Rayuan di sini menolak keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan status Tiong Choon yang difailkan Speaker DUN Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan e-Dagang, Datuk Seri Wong Soon Koh.

    Pada 12 Mei tahun lalu, DUN Sarawak memutuskan dengan undi majoriti melucutkan kelayakan Tiong Choon sebagai ADUN Pujut kerana mempunyai kewarganegaraan Australia dan Malaysia.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kes ADUN Pujut Dibawa Ke Mahkamah Persekutuan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top