POLIS India menangkap tujuh orang semalam termasuk pengetua dan guru sebuah sekolah kerana disyaki merogol dan memeras ugut seorang remaja perempuan selama beberapa bulan, kes terbaru penderaan seksual ke atas golongan bawah umur.
Kejadian terbaru keganasan seksual mencetuskan bantahan di beberapa bandar raya di India tahun ini, mengulangi bantahan besar-besaran berhubung kes rogol beramai-ramai dan bunuh pada 2012 dan mengenakan tekanan ke atas Perdana Menteri Narendra Modi, yang berjanji mengambil tindakan.
Dalam kes terbaru, lima pelajar, seorang guru dan pengetua ditangkap di Bihar selepas gadis berusia 15 tahun memfailkan aduan minggu lalu, kata polis. Ketua Polis Daerah, Har Kishore Rai berkata, gadis itu memberitahu polis dia dirogol oleh pelajar dalam tandas sekolah pada Disember 2017.
Penderaan seksual itu berlanjutan selama tujuh bulan. Mangsa berkata, pengetua dan dua guru didakwa merogolnya apabila dia melaporkan kejadian itu kepada mereka, kata Rai.
“Dia mendakwa dalam masa tujuh bulan, 19 orang merogolnya. Siasatan diteruskan, kami meneliti bukti terhadap setiap seorang tertuduh,” kata Rai, menambah 16 suspek ialah pelajar sekolah berkenaan.
0 comments:
Post a Comment