My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 11 July 2018

    Kes Pelajar Diikat Hanya Gurauan



    JABATAN Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan mendapati kejadian seorang pelajar diikat dengan akar pokok sehingga tular di laman sosial sejak semalam bukan kes buli, tetapi hanya ‘lakonan’ mereka saja. 

    Dalam kejadian pada 2 petang Isnin lalu itu, pelajar tingkatan dua di sekolah di Kota Bharu itu membiarkan dirinya diikat sebelum cuba memutuskan ikatan itu.

    Pengarah JPN negeri, Muhammad Zahari Othman, berkata pelajar terbabit dengan rela hati membiarkan dirinya diikat dengan akar pokok di sebatang pokok kerana ingin menguji kekuatan memutuskan ikatan itu.

    “Seorang pelajar dan seorang lagi bukan pelajar sekolah itu merakam video sebelum ditularkan oleh rakan yang tidak bersekolah itu,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.

    Beliau berkata, sebaik mengetahui mengenai perkara itu, pihak sekolah terus mengenal pasti pelajar yang terbabit dan mendapatkan cerita sebenar. “Pihak sekolah kemudian menghubungi Polis Perhubungan Sekolah untuk mengesahkan cerita sebenar dan mendapati tiada sebarang unsur buli. 

    “Pihak Lembaga Tatatertib sekolah sudah bermesyuarat untuk memutuskan tindakan selanjut ,” katanya.

    NSTP semalam melaporkan JPN Kelantan akan menjalankan siasatan susulan video yang tular di media sosila menunjukkan seorang remaja lelaki diikat dengan akar di sebatang pokok sambil dikelilingi pelajar lelaki lain.

    Kejadian dipercayai berlaku di Kelantan apabila salah seorang pelajar itu bercakap dengan menggunakan loghat Kelantan. Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanudin Hassan, berkata kejadian berkenaan hanya gurauan sesama pelajar terbabit dan bukan kes buli.

    Beliau berkata, ia tidak sepatutnya berlaku walaupun hanyalah berbentuk gurauan kerana boleh mencetuskan persepsi negatif pada pandangan umum. “Kita lihat dalam video yang ditular itu seorang pelajar lelaki diikat dengan akar pada badannya di sebatang pokok.

    “Jika tersilap langkah mungkin boleh memberi kesan termasuk kecederaan atau sebagainya pada pelajar terbabit,” katanya ketika ditemui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

    Beliau berkata, pihaknya mendapat maklumat kejadian itu berlaku di sekolah menengah di Kampung Penambang, namun belum menerima laporan secara rasmi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Kes Pelajar Diikat Hanya Gurauan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top