My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 July 2018

    Ibu, Bayi Dua Tahun Maut Kemalangan



    DUA beranak, termasuk bayi lelaki berusia dua tahun terbunuh selepas Toyota Innova dinaiki terbabas ke parit besar di Kilometer 5 Jalan Sibu - Bintulu, Bintulu, hari ini. Dalam kejadian 6 petang itu, mangsa, Munipah Marzuki, 24 dan anak lelakinya, Mohammad Haiman Abdullah, 2, meninggal dunia akibat parah. 

    Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian, tujuh individu termasuk dua beranak itu menaiki Toyota Innova. Difahamkan, mereka dalam perjalanan dari Kampung Jepak menuju ke pusat bandar.

    "Siasatan awal mendapati ketika kenderaan dinaiki mangsa menuruni bukit berhampiran pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan Bintulu, ia hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan, sebelum terhumban ke parit besar berhampiran.

    “Akibatnya, Munipah tercampak keluar dari kenderaan, manakala Mohammad Haiman terhantuk pada papa papan pemuka. Mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan. Beliau berkata, lima penumpang lagi, termasuk pemandu terselamat.

    Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu untuk bedah siasat. Alexson berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian. “Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ibu, Bayi Dua Tahun Maut Kemalangan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top