My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 2 August 2017

    Matic Milik United




    Manchester United secara rasmi telah menandatangani pemain tengah, Nemanja Matic dari Chelsea dengan nilai perpindahan sebanyak £40 juta (RM226.25 juta) menerusi kontrak selama tiga tahun kelmarin. 

    Perkembangan tersebut sekali gus menyaksikan pemain antarabangsa Serbia itu kembali disatukan bersama pengendali, Jose Mourinho bagi memperkuatkan jentera tengah United untuk saingan Liga Perdana England musim hadapan.

    Menurut Mourinho, ciri-ciri pemain tengah yang sempurna dimiliki Matic merupakan sebab utama me­ngapa dia berusaha keras untuk memancing pemain berusia 28 tahun itu ke Old Trafford. “Dia kini adalah pemain United serta pemain saya. Dia memiliki apa yang saya perlukan dalam falsafah bola sepak moden.

    Kesetiaan, konsisten, cita-cita yang tinggi serta beraksi secara berpasukan merupakan nilai utama yang membuatkan saya tertarik untuk menandatanganinya. Saya ucapkan terima kasih kepada Matic kerana dia sanggup me­nyertai saya di sini. Saya yakin semua pemain serta penyokong United akan menyukai aksinya di sini.

    Pada musim hadapan, dia bakal beraksi dengan mengenakan nombor jersi 31,” katanya dalam satu kenyataan rasmi semalam.

    Sebagai rekod, Matic mula me­nyertai Chelsea sejak tahun 2009 sebelum berhijrah menyertai Benfica pada 2011. Bagaimanapun, atas kehendak Mourinho yang masih menjadi pengurus Chelsea ketika itu, Matic kembali beraksi di Stamford Bridge pada 2014 dengan mengikat kontrak selama lima tahun.

    Dalam perkembangan sama, susulan daripada kepercayaan yang diberikan oleh Mourinho, Matic mengakui dia kini terdesak untuk beraksi seperti yang dimahukan oleh Mourinho. “United adalah salah satu pasukan terbesar di dunia dan hasrat saya untuk datang ke sini juga disebabkan mahu menjalani rutin latihan bersama Mourinho.

    “Saya gembira kerana kami dapat bekerjasama sekali lagi. Saya berharap bakat saya akan terus di gilap untuk membantu United mencapai objektif yang ditetapkan pada saing­an liga musim hadapan,” jelasnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Matic Milik United Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top