My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday, 7 October 2016

    Bekas PM Portugal Pengganti Ki-Moon



    Bekas Perdana Menteri Portugal, Antonio Guterres bersedia untuk menjadi Setiausaha Agung PBB selepas menjadi calon pilihan Majlis Keselamatan badan dunia itu kelmarin. Guterres yang mengetuai agensi pelarian PBB selama sedekad mendapat sokongan 13 daripada 15 ahli Majlis Keselamatan dalam sesi pengundian tidak rasmi tanpa bantahan lima negara yang mempunyai kuasa veto di PBB. 

    Duta Rusia, Vitaly Churkin muncul dari bilik mesyuarat Majlis Keselamatan bersama 14 diplomat lain dan mengisytiharkan bahawa Guterres mendapat lampu hijau untuk menggantikan Ban Ki-moon sebagai Setiausaha Agung PBB yang baharu.

    “Kami jelas mempunyai seorang calon pilihan dan namanya ialah Antonio Guterres,” kata Churkin. 

    Majlis Keselamatan PBB akan mengadakan undian rasmi yang dijadualkan lewat semalam untuk mengesahkan pemilihan Guterres, kata Churkin. “Kami mendoakan agar Guterres dapat menjalankan tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung PBB bagi tempoh lima tahun akan datang dengan baik,” tambahnya.

    Ahli politik berusia 67 tahun itu berjanji untuk merombak PBB bagi meningkatkan usaha damai dan menambah baik hak asasi manusia. Guterres yang menjadi Perdana Menteri Portugal dari 1995 hingga 2002 pernah mendapat tempat pertama dalam lima undian tidak rasmi sebelum ini tetapi keputusan pantas pemilihan kali ini mengejutkan ramai diplomat.

    Pemilihan Guterres akan menjadikan beliau bekas ketua kerajaan pertama bergelar Setiausaha Agung PBB. Sebelum ini, jawatan itu biasanya disandang oleh bekas menteri luar dengan kebanyakan mereka dipilih semasa mesyuarat tertutup Majlis Keselamatan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Bekas PM Portugal Pengganti Ki-Moon Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top