Sejak 1 Julai 2016, Filipina menerima kehadiran seorang pemimpin yang disifatkan oleh rakyat Filipina sebagai seorang Presiden yang berani dan keras hati. Rodrigo Duterte merupakan Presiden Filipina yang ke 16 yang berjaya memenangi Pilihan Raya Filipinan dengan jurang yang cukup besar setelah menewaskan Mar Roxas.
Dengan membawa visi dan kehendak rakyat Filipina sendiri yang mahu melihat Filipina berada pada tahap yang boleh dibanggakan di peringkat antarabangsa, beliau mampu menarik golongan pertengahan dan bawahan negara berkenaan bagi membolehkannya menguasai Istana Malacanang untuk 4 tahun yang akan datang.
Sebenarnya, Duterte bukanlah pendatang baru dalam ekosistem politik Filipina. Dilahirkan pada 28 Mac 1945, beliau merupakan Gabenor Davao City buat tujuh penggal berturut-turut. Beliau juga merupakan Presiden pertama dari kepulauan Mindanao dan keempat dari kaum Visayan.
Latar belakang akademiknya juga tidak kurang hebatnya. Beliau berkelulusan graduan dalam bidang Sains Politik dari Lyceum of the Philippines University, pada tahun 1968 sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan di San Beda College of Law pada 1972.
Sejak menjadi Presiden Filipina, bukan sedikit kontroversi yang dicipta oleh Duterte. Sebelum menjadi Presiden, beliau terlibat dalam pertikaian mengenai program pengampunan bekas-bekas anggota komunis yang kini tinggal dalam buangan. Walaupun beliau menegaskan bahawa beliau tidak pernah menganggotai mana-mana pertubuhan komunis, namun ramai yang menganggap, sedikit sebanyak beliau memang mempunyai fahaman berkenaan semasa menjadi Gabenor di Mindanao.
Paling mengejutkan dunia adalah ikrar yang dilakukan olehnya yang mahu membunuh semua pengedar dan penghisap dadah di seluruh Filipina. Menurut perangkaan, Filipina mencatatkan hampir 3 juta penagih dan pengedar dadah yang sehingga kini menjadi sasaran Duterte dan skuad pembunuhnya untuk dihapuskan.
Menariknya, semasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengutuk perbuatan Duterte dan mahu arahan membunuh penagih dan pengedar dadah ditarik balik, secara lantangnya, beliau mengugut untuk menarik Filipina keluar daripada pertubuhan berkenaan dan merancang untuk menubuhkan satu lagi badan keselamatan yang dianggotai oleh Filipina, China dan negara-negara Afrika.
Ugutan berkenaan pantas dikecam Amerika Syarikat yang menyifatkan Filipina kini diketuai oleh seorang yang sakit mental dan kehausan darah. Kecaman ini dibalas dengan kata-kata kesat yang ditujukan kepada pentadbiran Amerika yang diketuai oleh Obama sehinggakan Presiden Amerika berkenaan memilih untuk enggan bertemunya semasa persidangan negara ASEAN di Laos, baru-baru ini.
Persoalannya, adakah Duterte seorang yang sakit jiwa atau sememangnya beliau mahu merubah keadaan Filipina daripada sebuah negara membangun yang dihimpit dengan penagihan dadah kepada sebuah negara progresif?
Jika kita memahami corak pemerintahan Duterte semasa menjadi Gabenor Davao City sejak 7 penggal lalu, beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang digeruni oleh pesalah dan pesaingnya. Beliau tidak teragak-agak mengambil tindakan keras kepada mereka yang didapati mengambil dadah atau melakukan sebarang kesalahan yang tidak digemari olehnya.
Pendiriannya cukup tegas dalam menjaga kebajikan penduduk yang diwakilinya. Malah, beliau cukup membenci golongan penagih yang dilihatnya sebagai sampah masyarakat yang wajib dibunuh tanpa perlu dibicarakan. Alasannya, jika sudah menjadi penagih dadah sekali, tiada apa yang dapat mengubah mereka untuk menjadi manusia normal.
Hari ini, dianggarkan hampir 3,000 orang suspek penagih dan pengedar dadah sudah dibunuh oleh orang ramai atau skuad pembunuhnya. Beliau juga amat berbangga dengan perkembangan ini dimana beliau sendiri menganggap dirinya seumpama Hitler semasa peristiwa Holocoust satu ketika dahulu.
Menariknya, menurut kajian yang dilakukan di seluruh Filipina, sikap tegas beliau ini telah berjaya mengurangkan mereka yang ketagih dadah serta menyebabkan, hampir 700 ribu orang telah menyerah diri kepada pihak berkuasa, satu statistik yang gagal diikuti oleh mana-mana negara di seluruh dunia.
Apa yang diharapkan menerusi Duterte, sikap tegasnya terhadap penagih dan pengedar dadah ini dapat diteruskan ke Selatan negara berkenaan yang dikenali sebagai pusat penculikan terbesaar di rantau Asia. Jika perperangan terhadap dadah ini disifatkan Duterte sebagai berjaya, kejayaannya akan lebih manis andai dapat menguburkan aktivit penculikan Abu Sayyaf dan Sulu di negara berkenaan.

0 comments:
Post a Comment