Thursday, 6 October 2016

Kasih Sayang Ibu Tidak Bertepi




Seorang ibu yang masih lagi dalam kesakitan akibat dijerut leher dan ditikam diperutnya oleh anak dan rakan lela­kinya di Taman Desa Ilmu di sini pada Rabu lalu tetap hadir memberi sokongan moral terhadap kedua-dua tertuduh di Mahkamah Majistret semalam. 

Wanita berusia 43 tahun yang memakai jubah berwarna coklat itu tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini bersama suami dan anak perempuannya kira-kira pukul 8.55 pagi. Lebih memilukan, suri rumah itu kelihatan mengesat air mata di luar mahkamah selepas selesai prosiding.

Terdahulu, kedua-dua remaja berusia 15 tahun terbabit me­ngaku bersalah di atas tuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang wanita pada 29 September lalu.

Kedua-dua tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau lain-lain benda berbahaya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

Item Reviewed: Kasih Sayang Ibu Tidak Bertepi Rating: 5 Reviewed By: JMK